awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan ulang tahun MCA ke-73 secara hibrid Jumaat ini

Bernama
Bernama
23/02/2022
22:15 MYT
Sambutan ulang tahun MCA ke-73 secara hibrid Jumaat ini
Chong berkata MCA sentiasa berpegang kepada politik kesederhanaan dan akan berusaha untuk memelihara keharmonian kaum dan perpaduan negara. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: MCA akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-73 parti itu di Persatuan Che Ann Khor Yong Peng, dekat Batu Pahat, Jumaat ini.
Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata acara dijadual bermula pada 11 pagi secara hibrid dengan kehadiran barisan kepimpinan MCA dan ahli-ahli parti.
Beliau berkata sambutan itu diadakan sehari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Johor.
"Sambutan ulang tahun parti tahun ini ditetapkan secara khusus pada 25 Feb sebagai cara untuk memberi sokongan moral kepada jentera MCA dan Barisan Nasional (BN) serta meniup semangat ahli parti supaya memberikan yang terbaik bagi memenangi sokongan rakyat Johor setelah keutuhan BN diuji sejak kebelakangan ini.
"MCA juga berjanji akan memberikan yang terbaik buat negeri Johor dalam aspek kestabilan politik bagi menggalakkan pemulihan dan memacu pertumbuhan ekonomi ke arah yang lebih baik," katanya dalam kenyataan semalam.
Chong berkata MCA sentiasa berpegang kepada politik kesederhanaan dan akan berusaha untuk memelihara keharmonian kaum dan perpaduan negara serta merealisasikan pemodenan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCA
#sambutan ulang tahun ke-73
#Chong Sin Woon
#politik kesederhanaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan