CYBERJAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.
"Kami tidak fikir mereka ikhlas dalam buat tawaran itu kerana yang keluar dari MN bukan UMNO tetapi mereka. Mereka menikam kami dari belakang, mereka lakukan kerenah melebihi daripada apa yang kita setujukan.
"Saya tidak rasa mereka ikhlas dalam buat tawaran itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Penggerak Wanita RISDA (PEWARIS) di sini hari ini.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin berkata beliau yakin kerjasama antara parti itu dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.
Untuk rekod, MN adalah kerjasama yang dibentuk pada 14 Sept 2019 susulan Himpunan Penyatuan Ummah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan semasa hadir pada Perasmian Program Penggerak Wanita RISDA (PEWARIS) hari ini. - Foto BERNAMA
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Blues Gang buat konsert 5 dekad ulang tahun
Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato.
Insiden serangan: Polis siasat sama ada tindakan rambang, terancang - Saifuddin
Siasatan polis terhadap beberapa insiden yang mengancam institusi penting negara menjurus ke arah menentukan sama ada ia merupakan tindakan rambang atau terancang.
Penjajaran semula agensi bermandat bumiputera lonjak ekosistem ekonomi
Penjajaran ini dijayakan melalui kerjasama pintar dan inovatif antara sektor awam dan swasta, sejajar dengan prinsip kerajaan madani yang mengutamakan inklusiviti, keberkesanan, dan kelestarian.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
40 maut akibat denggi sejak Januari lalu
Sebanyak 40 kematian direkodkan akibat wabak denggi sejak Januari lalu, meningkat 14 kes berbanding 26 yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.
Pas gagal penuhi syarat, UMNO isytihar lawan
UMNO menyifatkan Pas telah gagal memenuhi syarat untuk membolehkan mereka meneruskan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Perwakilan mahu Pas teruskan muafakat politik, tumbangkan PH
Noor Najhan berkata, kerjasama melalui MN misalnya, memberi kelebihan pada PRK Semenyih sebelum ini apabila BN berjaya merampas kerusi itu.
Konsep MN sukar diteruskan, namun UMNO-Pas boleh kerjasama dalam bentuk lain - Najib
Najib berpandangan semangat pemuafakatan yang terjalin di antara kedua-dua parti masih boleh diteruskan dalam konteks lain.
Kerjasama MN ibarat 'nyawa-nyawa ikan' - Zahid
Ahmad Zahid berkata, masa depan MN biar dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti.
Bersatu tidak halang Pas kerjasama dengan UMNO - Muhyiddin
Setakat ini Bersatu masih lagi sebahagian daripada PN dan pendekatan itu diambil sebagai usaha penyatuan ummah.
Kerjasama UMNO-Pas: Biar 'top five' buat keputusan
Top five merujuk kepada Presiden UMNO, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden.
UMNO Selangor mahu terus kerjasama dengan Pas, perkukuh MN
UMNO Selangor akan teruskan kerjasama dengan Pas bagi mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) di negeri itu.
PRN Johor cabaran hebat semua parti raih sokongan pengundi baharu - Ahmad Maslan
Ahmad bagaimanapun berkata UMNO sudah bersedia menghadapi cabaran itu.
Pemuda UMNO sedia sebarang kemungkinan 22 Januari ini
Apa yang penting, usaha untuk sama-sama mengukuhkan hubungan antara kedua-dua parti itu dilaksanakan sebaik mungkin.