LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan kerajaan melantik ahli politik bagi mengisi jawatan bertaraf menteri adalah sebagai satu 'pembaziran' dan perlu dihentikan ketika ini.
Ini kerana menurutnya, peruntukan yang dibayar kepada individu berkenaan sewajarnya digunakan kerajaan bagi membantu rakyat yang berada dalam tempoh sukar tatkala berhadapan dengan situasi penularan wabak COVID-19.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut tidak bersetuju dengan penglibatan ahli politik dalam badan-badan kerajaan memandangkan ianya hanya memberi manfaat besar kepada individu tertentu sahaja.
Sehubungan itu, adalah menjadi satu kewajipan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meletakkan masalah yang dihadapi rakyat sebagai perkara utama yang perlu diselesaikan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang berjalan ketika ini.
"Yang mana (perkara atau pelantikan politik) boleh tangguh, kita tangguh, yang kita perlu dahulukan adalah masalah nasib rakyat, itu yang penting, pasal mereka takut dijangkiti penyakit, ada ramai yang mati, ramai yang tak tahan dengan lockdown.
"Kerajaan mesti tolong mereka, kalau duit itu (nak dibayar kepada perkara yang) benar-benar tak penting, kita (perlu) ketepikan, macam nak bagi jawatan bertaraf menteri, itu semua tak penting tapi (kerajaan) ada (pula) duit untuk itu, ada macam-macam duit untuk benda-benda political tetapi berkenaan masalah rakyat tak diberi perhatian," kata Ahli Parlimen Langkawi itu.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, Kuah bagi program #PulangKeLangkawi pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa tidak pernah menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pihak termasuk Ismail Sabri bagi mengisi jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu mengesahkan, wujud perbincangan membabitkannya bersama Perdana Menteri berkaitan perkara terbabit sebelum ini.
Pada Khamis, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah diperkenalkannya sebelum ini dapat dijalankan dengan cepat.
Menurutnya,proses pemulihan itu juga tidak boleh lagi ditangguh memandangkan kerajaan telah menanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun yang lalu susulan pandemik COVID-19.
Abd Hadi Che Awang
Fri Sep 17 2021
Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak pernah menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pihak termasuk Ismail Sabri bagi mengisi jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN). - Foto BERNAMA
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini
Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.
Peguam nasihat Tun M tidak sertai RCI Batu Puteh jika pengerusi tidak diganti
Peguam Dr Mahathir akan menasihatkannya tidak menyertai RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sekiranya pengerusi suruhanjaya itu tidak diganti.
Tun M terima rawatan di IJN, perbicaraan kes fitnah ditangguh
Perbicaraan kes saman fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan pada Selasa ditangguh kepada 19 Julai ini.
'SPRM akan panggil Tun M jika ada bukti terlibat salah guna kuasa'
SPRM tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan terbabit dalam salah guna kuasa.
SPRM nafi dakwaan tidak bertindak atas SD Abdul Murad terhadap Anwar
SPRM menafikan dakwaan Dr Mahathir ia tidak menyiasat isu yang dibangkitkan dalam SD bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Sekejap-sekejap disoal polis, macam saya ini penjenayah' - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau diperlakukan seperti penjenayah selepas 10 kali disoal siasat polis sejak beberapa tahun lepas.
Tun M tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, dijangka beri keterangan polis petang ini
Tun Mahathir dijangka memberi kenyataan kepada anggota polis pada jam 3 petang ini.
Ugutan terhadap Mirzan: Tun M adakan sidang media khas Isnin depan
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan satu sidang media khas pada Isnin depan bagi mengulas isu-isu semasa serta dakwaan mengenai ugutan terhadap anaknya, Mirzan.