Jika berlaku perpisahan etnik yang terlalu jauh antara yang miskin dan kaya, sejarah melaporkan rusuhan dan perang saudara tercetus, sekali gus membawa kepada kehancuran negara.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini akan membawa malapetaka kepada semua rakyat di negara ini.
Apatah lagi, katanya, jika perpisahan antara miskin dan kaya ini ditambah dengan perpisahan antara kaum, di mana sesuatu kaum itu lebih miskin daripada kaum lain.
Tambah beliau, walaupun rusuhan mungkin tidak berlaku, namun kemungkinan ia terjadi tidak boleh diketepikan.
"Ya. Saya akan dituduh rasis kerana pendedahan nasib Melayu dan Bumiputera ini. Tetapi selama lebih 70 tahun saya telah lihat kemerosotan yang berlaku pada kaum bangsa saya.
"Tak mengapalah jika diburukkan nama saya asalkan bangsa saya sedar akan nasib buruk yang akan menimpa mereka di masa hadapan.
"Sedarlah bahawa kita yang salah. Tak usah cari kesalahan orang lain. Pemulihan berada di tangan kita," katanya katanya dalam ucapan dasar Pengerusi Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu.
Kata Perdana Menteri, walaupun kaum tidak dapat ditukar, namun jarak antara miskin dan kaya boleh dikurangkan atau dihapuskan.
Dr Mahathir berkata, kesalahan yang dilakukan pemimpin UMNO tidak bermakna semua orang Melayu turut dipersalahkan.
“Ya, orang UMNO memang bersalah. Tak payah saya cerita lagi. Kita semua tahu. Tetapi apakah kerana UMNO bersalah kita harus salahkan seluruh bangsa Melayu?,” katanya.
Mengulas mengenai kemasukan bekas pemimpin UMNO ke Bersatu, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan partinya tidak akan mudah menerima mereka.
Mengulangi pendiriannya, Dr Mahathir berkata bekas pemimpin UMNO perlu menjadi bebas dan seterusnya menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan secara ikhlas.
“Tidak akan ada penerimaan oleh Bersatu sebagai satu kumpulan bekas UMNO. Mereka hanya akan diterima sebagai individu bebas. Rekod mereka akan dikaji dengan teliti,” tambahnya.
Arfa Yunus, Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah, Hilal Azmi
Sat Dec 29 2018
DR MAHATHIR: Tak mengapalah jika diburukkan nama saya asalkan bangsa saya sedar akan nasib buruk yang akan menimpa mereka di masa hadapan. -Astro AWANI
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Kim Kardashian fail perceraian terhadap Kanye West - Laporan
Menurut laporan media Amerika Syarikat, bintang realiti berusia 40 tahun itu menuntut hak penjagaan anak-anak
Bukan semua artis jutawan, berniaga untuk dapatkan wang dan teruskan hidup - Adibah Noor
Kebanyakan artis ketika ini menjalankan perniagaan bukan sebab untuk mencari kekayaan, sebaliknya hanya meneruskan kelangsungan hidup dan membiayai perbelanjaan harian.
Jualan durian cecah ratusan ribu ringgit, pemilik kebun jadi 'orang kaya'
Bagi Ibrahim Che Musa yang memiliki kebun durian seluas 6.47 hektar, jualan durian kunyit dan musang king kali ini menggalakkan walaupun harga borong yang diberikan RM35 sehingga RM40 bagi sekilogram.
Wong kongsi rahsia kejayaan roti titab
Wong berkata ia bermula pada 2010 ketika sedang bercuti ke Guangzhou, China selepas melihat bagaimana peniaga di sana mengambil sarapan pagi sebelum memulakan hari mereka.
Sekatan perdagangan: Kapitalis makin menggila, yang kaya makin kaya - Tun M
Menyifatkan perang perdangan sebagai satu pembaziran, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ia telah menyebabkan usaha sesebuah negara untuk menjadi lebih kaya semakin pudar.
Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 rapatkan jurang antara miskin dan kaya
Terdapat jurang dalam negara ini, antaranya antara pendapatan negeri kaya dan negeri miskin seperti Kedah, Perlis dan Kelantan.
Robert Kuok, Syed Mokhtar masih tersenarai individu paling kaya di dunia
Terdapat 14 orang kaya Malaysia yang dipaparkan dalam senarai jutawan sedunia Forbes bagi tahun 2019.
Saya akan dituduh rasis, tetapi... - Tun M
Walaupun kaum tidak dapat ditukar, namun jarak antara miskin dan kaya boleh dikurangkan atau dihapuskan.
Kerajaan fokus kurangkan jurang golongan miskin dan kaya - PM
Dr Mahathir berkata jika jurang itu tidak ditangani sebaiknya, ia boleh membawa kepada kesan buruk termasuk konflik seperti yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan Rusia.
Golongan kaya memang sedia untuk tidak terima subsidi - Madeline
Prof Madya Dr Madeline Berma berkata golongan kaya memang tidak seharusnya menerima subsidi dan amat bersedia untuk melepaskannya.