Skip to main content

Politik

Saya bangga jadi seorang 'guru bangsa' - PM Anwar

AWANI
Anwar menyampaikan ucapan semasa menghadiri Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Grand Ballroom, SITC, Shah Alam pada Ahad. - Foto Astro AWANI
Advertisement

SHAH ALAM: “Saya bangga jadi seorang 'guru bangsa'.”

Demikian reaksi sinis Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyentuh gelaran ‘guru’ yang menjadi perhatian sejak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.

Anwar berkata beliau turut berterima kasih kepada pihak yang menurutnya telah menjadikan gelaran itu semakin dikenali, sehingga mendapat perhatian ketika lawatannya ke India.

“Saya bangga jadi seorang 'guru bangsa'. Saya terima kasih kepada rakan-rakan lain yang hanya menganjurkan saya menjadi guru yang terkenal.

“Seorang pengarah filem Bollywood yang mengarah filem Taj Mahal yang terkenal itu dan juga siri Tipu Sultan yang terkenal di India, bila dengar ‘guru’ masa saya di India, dia tulis rencana secara panjang.

“Dia kata, saya turut bangga kerana rakan saya Anwar diiktiraf sebagai 'guru bangsa',” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa menghadiri Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Grand Ballroom, SITC, Shah Alam pada Ahad.

Kenyataan Anwar hadir selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beberapa kali menitipkan pesanan kepada individu yang dirujuknya sebagai ‘guru’ ketika menyampaikan ucapan pada PAU 2026.

Tanpa menamakan individu berkenaan, Ahmad Zahid antaranya meminta ‘guru’ itu mendengar suara UMNO, Barisan Nasional (BN) dan rakyat.

Must Watch Video

Advertisement