awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Edar 72.52 g methamphetamine, buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya kekal terajui Bersatu, mandat saya tiga tahun" - Muhyiddin

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
06/09/2025
15:45 MYT
"Saya kekal terajui Bersatu, mandat saya tiga tahun" - Muhyiddin
Muhyiddin menolak dakwaan wujudnya puak dalam Bersatu, sebaliknya menegaskan parti kekal utuh meskipun berdepan gangguan ketika perhimpunan itu. - Gambar Astro AWANI
SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan keyakinannya untuk terus memimpin Bersatu, sambil mengingatkan bahawa mandatnya sebagai presiden masih sah untuk tempoh tiga tahun.
“Jelas Presiden Bersatu itu, beliau dipilih secara demokratik tahun lalu dan tempoh berkenaan berjalan selama tiga tahun.
"Sebarang perubahan mesti mengikut perlembagaan parti. Saya tidak terganggu dengan apa yang berlaku.
“Bagi saya, ini hanya perkara kecil. Apa yang lebih penting ialah Bersatu kekal kuat dan bersatu padu,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025, di sini hari ini.
Muhyiddin turut menolak dakwaan wujudnya puak dalam Bersatu, sebaliknya menegaskan parti kekal utuh meskipun berdepan gangguan ketika perhimpunan itu.
“Tiada kem dalam Bersatu. Yang penting, kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, terutama menjelang pilihan raya umum yang dijangka berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi.
“Persediaan menghadapi pilihan raya adalah tugas utama kita, dan seluruh jentera mesti fokus ke arah itu,” ujarnya.
Beliau menambah, insiden laungan yang berlaku semasa perhimpunan dianggap lumrah dalam politik dan tidak akan mengalihkan perhatiannya daripada tanggungjawab sebagai presiden parti.
Topic Berkaitan
#insiden laungan
#Bersatu
#perlembagaan parti
#demokratik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan