awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya masih mahu bersama Warisan - Ahli Parlimen Labuan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
22/06/2020
02:38 MYT
Saya masih mahu bersama Warisan - Ahli Parlimen Labuan
Rozman berkata, pendirian politiknya masih kekal bersama Warisan dan tidak mempunyai perancangan untuk keluar daripada parti itu. - Gambar BERNAMA
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli menegaskan tidak mempunyai rancangan untuk keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Beliau berkata, pendirian itu sekali gus menolak sebarang dakwaan bahawa beliau akan meninggalkan Warisan.
"Laporan media mengenai saya sebelum ini tidak menggambarkan perkara sebenar secara keseluruhan.
"Secara umum saya beritahu (dalam laporan itu) tiada masalah jika Labuan dipimpin oleh mana-mana wakil rakyat sekali pun termasuklah Bebas kerana pembangunan pulau bebas cukai itu perlu tetap diteruskan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
BACA: Tiada masalah jadi wakil rakyat Bebas - Ahli Parlimen Labuan
Rozman sebelum ini dilaporkan seolah-olah bersedia untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas berikutan krisis politik Sabah kembali hangat selepas sekumpulan ahli PKR bertindak keluar parti.
Sebelum ini, Rozman yang menjadi Ahli Parlimen Labuan sejak tahun 2013 atas tiket UMNO-Barisan Nasional (BN) bertindak keluar parti menyertai Warisan selepas BN gagal mempertahankan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Mengulas lanjut, Rozman berkata, keputusannya untuk meninggalkan UMNO adalah kerana terlalu sayangkan projek Jambatan Labuan-Menumbok yang telah diluluskan dan sepatutnya dijadikan sebahagian daripada pakej Lebuh Raya Pan Borneo.
"Tetapi di bawah kerajaan yang lepas (Pakatan Harapan) sudah lain ceritanya, walaupun diteruskan tetapi ianya berbentuk Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI).
"Saya sekarang sudah masak dan sedar bahawa pembangunan Labuan tidak bergantung kepada parti yang diwakili Ahli Parlimennya," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Barisan Nasional
#cukai
#kerajaan
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PKR
#politik
#Putrajaya
#rakyat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan