awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya masih UMNO' - Shahelmey

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
11/01/2023
07:20 MYT
'Saya masih UMNO' - Shahelmey
Pada masa sama, Shahelmey turut memaklumkan beliau tidak akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) pada kali ini kerana tidak terlibat sebagai delegasi mewakili UMNO Sabah. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya menegaskan bahawa beliau masih ahli UMNO.
Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang sebelum ini mengatakan beliau tidak lagi bersama dengan UMNO selepas membuat keputusan menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Cuma, menurutnya, beliau masih belum menerima sebarang makluman mengenai keputusannya daripada kepimpinan tertinggi UMNO.
"Saya masih ahli UMNO dan saya belum menerima sebarang khabar daripada kepimpinan tertinggi UMNO.
"Saya telah berjumpa dengan Datuk Presiden sebentar sewaktu dia berkunjung ke Sri Gaya tapi tiada apa-apa semua angguk-angguk dan bersalam sahaja", ujar Shahelmey ketika ditemui media di luar Istana Seri Kinabalu, di sini pada Rabu.
BACA: 'Warisan tidak diterima dalam kabinet' - Shahelmey
Pada masa sama, Shahelmey turut memaklumkan beliau tidak akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) yang dijadulalkan berlangsung sehingga 14 Januari ini, kerana tidak terlibat sebagai delegasi mewakili UMNO Sabah.
Terdahulu, Shahelmey selesai mengangkat sumpah pada pagi di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu sebagai Timbalan Ketua Menteri III Sabah, dan Menteri Kerja Raya menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerja Raya bagi kuota UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Lantikan itu walau bagaimanapun tidak diiktiraf oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin selaku Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Pengerusi BN Sabah dengan mendakwa bahawa lantikan tersebut sebagai tidak selari dengan kepentingan parti.
Topic Berkaitan
#Shahelmey Yahya
#Hajiji Noor
#Bung Moktar Radin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan