awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya popular macam Neelofa dan Siti! - Ibrahim Ali

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
24/04/2018
09:01 MYT
Saya popular macam Neelofa dan Siti! - Ibrahim Ali
Ibrahim Ali hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas dan DUN Tendong pada PRU14 nanti. - Gambar fail/Astro AWANI
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan popularitinya sama seperti pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa.
"Bila saya pergi Johor, saya pergi ke Kedah, saya pergi ke Perak, hari Jumaat tumpang sembahyang Jumaat di masjid mana-mana, people know me, they recognise Ibrahim Ali.
"Because controversial ke, populariti ke, sama lah dari segi politik boleh tahan, dalam dunia seni Siti Nurhaliza, sekarang ni Neelofa, orang Pasir Mas," katanya pada sidang media khasnya hari ini.
Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Katanya, beliau memilih bertanding sebagai calon Bebas selepas meneliti perkembangan politik di Kelantan.
“Perkembangan politik semasa, ada tiga parti akan bertanding, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Pas.
“Di Kelantan saingan cuma antara BN dan Pas tetapi saya lihat macam perlawanan diatur, macam perlawanan persahabatan.
“Jadi saya rasa bertanding calon Bebas lebih berpeluang untuk menang,” katanya lagi.
Beliau akan menggunakan slogan ‘Untuk Alif Ba Ta’ atau ‘Untuk Agama, Bangsa dan Tanahair’ sebagai kempennya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#calon Bebas
#DUN Tendong
#Ibrahim Ali
#Kelantan
#MalaysiaMemilih
#Neelofa
#Parlimen Pasir Mas
#PAS
#pilihan raya umum
#populariti
#Presiden Perkasa
#PRU14
#Siti Nurhaliza
#Untuk Alif Ba Ta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan