awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak berminat bertanding di Pengkalan Kubor - Kamaruddin Jaafar

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
10/09/2014
06:03 MYT
Saya tidak berminat bertanding di Pengkalan Kubor - Kamaruddin Jaafar
KAMARUDDIN: Saya tidak berminat bertanding di Pengkalan Kubor
Anggota Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar menegaskan beliau tidak berminat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor pada 25 September nanti.
Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, beliau berhasrat memberi laluan kepada pimpinan PAS di Dun tersebut untuk bertanding mewakili Pakatan Rakyat.
"Saya sudah menjelaskan kepada pimpinan PAS Pusat dan juga pimpinan di Kelantan bahawa saya tidak berminat untuk menjadi calon di Pengkalan Kubor.
"Pendapat saya, lebih elok pimpinan PAS di Dun tersebut diberi peluang untuk bertanding kerana mereka juga layak untuk dicalonkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Kamaruddin juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS yang menamakan beliau sebagai calon untuk bertanding mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti.
Pimpinan PAS Kelantan menimbangkan beberapa nama untuk dinamakan sebagai calon mereka antaranya Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim selain beberapa nama lain.
Sementara itu, Barisan Nasional (BN) yang akan diwakili UMNO akan mengumumkan calonnya dalam satu majlis di Pengkalan Kubor hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Ketua UMNO Tumpat Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz dan Naib Ketua UMNO Tumpat, Wan Hanafi Wan Yaacob disebut-sebut antara yang dipertimbangkan sebagai calon BN.
Diantara ketiga-tiga calon BN itu, Wan Hanafi dikatakan lebih menarik minat pengundi-pengundi di Dun Pengkalan Kubor.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar daripada BN meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.
Noor Zahidi mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.
Topic Berkaitan
#Kamaruddin Jaafar
#PAS
#PRK Pengkalan Kubor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan