awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak guna jentera kerajaan untuk berkempen - Halimey

Bernama
Bernama
02/09/2018
06:27 MYT
Saya tidak guna jentera kerajaan untuk berkempen - Halimey
HALIMEY: Saya tidak beri barang apa-apa pun. - Bernama
Calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar menafikan dakwaan pihak lawannya bahawa beliau menggunakan jentera kerajaan negeri Selangor untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.
Halimey turut menegaskan bahawa beliau tidak memberi sebarang sumbangan atau barangan kepada sesiapa.
"Saya tidak beri barang apa-apa pun. Boleh check. Saya juga tidak lakukan penyerahan barang kepada sesiapa," katanya dalam sidang media hariannya di Pangsapuri Seri Jati, di sini, hari ini.
Calon PH itu mengulas kenyataan calon PAS Dr Halimah Ali menerusi laporan sebuah portal berita tempatan, yang mendakwa beliau sendiri melihat jentera kerajaan negeri digunakan bagi kempen Halimey di kawasan PJS 6 dan Desa Mentari, semalam.
Mengulas lanjut, Halimey mengakui Anggota Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah ada memberi barangan atau sumbangan kepada penduduk DUN Seri Setia.
"Kalau Maria Chin memang ada beri tetapi beliau tiada masalah sebab beliau memegang jawatan sebagai anggota Parlimen. Saya sebagai calon yang tidak dibenarkan beri barang," tambahnya
Halimey berdepan pertandingan satu lawan satu menentang Dr Halimah pada 8 Sept ini dalam PRK itu yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus, 2 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Halimey Abu Bakar
#jentera kerajaan
#kempen politik
#politik
#PRK
#seri setia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan