awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebagai UMNO totok, Muhyiddin seharusnya bersama parti - Zahid

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
02/03/2016
10:51 MYT
Sebagai UMNO totok, Muhyiddin seharusnya bersama parti - Zahid
AHMAD ZAHID: Sebarang keputusan yang dibuat biarlah demi kepentingan parti melebihi buat keputusan apabila seseorang itu berada dalam keadaan kesedihan dan kemarahan. -Gambar fail
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar terus bersama parti memandangkan beliau sudah mengatakan dirinya sebagai totok UMNO.
Jelas Timbalan Perdana Menteri itu, Muhyiddin pernah menyatakan demikian semasa dalam ucapannya sebelum ini.
"Saya ingin rujuk dalam ucapan beliau bahawa beliau UMNO totok dan sebagai ahli totok, seharusnya beliau tetap bersama kami," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 di sini hari ini.
Tegasnya, Muhyiddin perlu membuat pendirian dengan betul dan bukan berdasarkan emosi semata-mata.
"Sebarang keputusan perlu dibuat untuk kepentingan parti daripada membuat keputusan yang berada dalam keadaan kesedihan atau kemarahan," kata Ahmad Zahid lagi.
Kata Ahmad Zahid, Muhyiddin masih ahli UMNO walaupun jawatannya sebagai Timbalan Presiden digantung.
"Tan Sri Muhyiddin walaupun bukan Timbalan Presiden tetapi beliau masih Ketua UMNO Pagoh dan keahlian beliau tidak terjejas. Saya setuju apa yang dikatakan beliau bahawa beliau masih ahli UMNO," ujar beliau.
Muhyiddin dijangka menyatakan pendiriannya mengenai parti pada esok.
BACA: "Saya masih bersama UMNO," kata Muhyiddin
UNDIAN: Muhyiddin mesti keluar daripada UMNO?
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#gantung jawatan
#Muhyiddin Yassin
#umno totok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan