awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sejarah Tun M-Anwar tak akan berulang'

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2018
03:43 MYT
'Sejarah Tun M-Anwar tak akan berulang'
Pemuda Harapan yakin sejarah hitam antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang. -Astro AWANI
Pemuda Harapan yakin sejarah hitam antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Anwar bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri kelapan seperti disepakati tanpa halangan.
“Saya yakin ia tidak akan berulang kerana kita lihat dalam keadaan hari ini sudah ada persefahaman, perjanjian antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar kita telah sepakati.
“Persefahaman yang baharu ini ia berbeza situasinya dengan yang dulu, Tokoh-tokoh seperti Anwar dan Tun Mahathir juga lebih matang. Saya lihat ia tidak akan berulang.
“Memang ada isu sana sini yang kecil tapi secara umumnya saya lihat perjalanannya itu menuju sebagaimana yang kita rancang,” katanya kepada Sinar Harian ketika Sinar Live : Ke Mana PKR Selepas 20 Tahun, hari ini.
Sebelum ini, Tun Mahathir memaklumkan Anwar merupakan penggantinya dalam tempoh dua tahun susulan ketetapan yang dibuat sebelum PRU14.
Pada tahun 1998, Anwar yang ketika itu menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri diuar-uarkan sebagai pengganti Tun Mahathir namun beliau dipecat hingga menyebabkan gelombang reformasi rakyat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Nik Nazmi
#Perdana Menteri
#PKR
#sejarah hitam
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan