MUAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram dan Pulai, amat penting bagi mengekalkan Johor sebagai deposit tetap kepada kerajaan sedia ada, sekali gus membolehkan kebajikan rakyat pelbagai kaum di negeri itu terus terbela.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata kemenangan calon Amanah yang mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) Nazri Abdul Rahman, juga perlu untuk menyekat PAS daripada bertapak di negeri itu yang kini diterajui oleh BN.
"Kita tidak mahu PAS menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sebagai tapak kedua selepas Maharani.
"Hanya orang Bakri dan Simpang Jeram yang boleh nafikan hasrat mereka itu, kita mesti susun strategi. Kerana PAS penuh muslihat... kita mesti lawan balik," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan jentera BN DUN Simpang Jeram di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Nazri.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, meminta Nazri, yang juga bekas jurutera di Majlis Perbandaran Muar, untuk bertindak sebagai 'pakar banjir', bagi menolak gelombang PAS berkenaan.
"Sebab itu sebagai pakar banjir, beliau mesti tolak banjir itu, kita mesti jadikan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan gabungan PH dan BN ini, membanjiri seluruh negeri Johor sebagai negeri perpaduan paling kuat di negara kita ini," katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lepas, BN mencatat kemenangan besar dengan memperolehi majoriti mudah apabila memenangi 40 kerusi DUN, manakala PN tiga kerusi dan PH pula 10 kerusi.
Ahmad Zahid, selain itu turut mengimbas semula 'kenangan pahit' UMNO itu semasa menjadi rakan kongsi PAS ketika dalam Muafakat Nasional, dengan menyatakan bahawa PAS sentiasa berusaha untuk 'menikam daripada belakang'.
"Apabila kita jadi pembangkang dan ketika itu PAS juga pembangkang, kita cuba untuk menunjukkan penyatuan mmah dan kita juga terjemahkan Muafakat Nasional, namun dalam tempoh itu kita belajar hati budi mereka," katanya.
Kedua-dua kerusi Simpang Jeram dan Pulai kosong susulan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Penamaan calon hari ini menyaksikan saingan tiga penjuru di kedua-dua kerusi berkenaan, antara PH, PN dan Bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023
Ahmad Zahid Hamidi berucap di hadapan jentera BN yang hadir pada majlis Bertemu Jentera BN DUN Simpang Jeram di Pejabat UMNO Bahagian Bakri hari ini. Turut hadir, Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan). -Bernama
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM
Katanya, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.
Gapena disaran guna pentas media baharu hasilkan karya - Ahmad Zahid
Gapena disaran menggunakan pentas media baharu seperti media sosial sebagai saluran menghasilkan karya budaya, kesusasteraan dan seni.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri bukti kesungguhan hargai sumbangan penjawat awam - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri itu juga pasti mengejutkan penjawat awam kerana ia merupakan antara kenaikan terbesar dalam sejarah pentadbiran awam negara.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).