ADALAH penting supaya setiap janji manifesto yang telah dibuat sebelum pilihan raya umum yang lalu dipenuhi sepenuhnya dengan segera serta dengan tanpa sebarang alasan sekiranya sebarang parti politik termasuk parti politik yang berkuasa pada ketika ini ingin terus kekal berkuasa dalam negara kita.
Jika manifesto pilihan raya tidak dipenuhi dengan segera serta sering diberi pelbagai alasan untuk tidak dilaksanakan, rakyat akan menjadi tidak puas hati, marah serta mengambil langkah untuk memilih pihak lawan apabila tibanya musim pilihan raya sama ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum.
Peribahasa Melayu pun ada menyebut “Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya (janjinya)” yang bermaksud segala janji hendaklah ditepati dan ditunaikan. Tidak boleh wujud sebarang alasan untuk tidak memenuhi segala janji pilihan raya yang telah diberikan pada masa lalu.
Mana-mana ahli politik atau parti politik yang membuat janji-janji melalui manifesto pilihan raya perlu menanggung segala risiko serta bertanggungjawab terhadap semua janji manis yang telah dibuat oleh mereka di dalam manifesto pilihan raya.
Amat menyedihkan sekiranya sebarang janji yang telah dibuat di dalam manifesto pilihan raya tidak dipenuhi dan ditepati oleh mana-mana ahli politik atau parti politik setelah mereka memenangi proses pilihan raya dan memegang kuasa pemerintahan.
Tindakan untuk tidak memenuhi atau menepati segala janji yang telah dibuat atau berlengah-lengah dalam memenuhi segala janji manis yang telah dibuat di dalam sesebuah manifesto pilihan raya bukan sahaja akan mengundang rasa tidak puas hati dan marah para pengundi, khususnya pengundi yang telah memberi undi kepada ahli politik serta parti politik yang terlibat, malah pada masa yang sama juga menunjukkan dengan jelas sikap tidak hormat ahli politik serta parti politik yang terlibat terhadap para pengundi yang telah memberi kepercayaan dan undi kepada mereka berdasarkan janji-janji manis yang telah dibuat di dalam sesebuah manifesto pilihan raya.
Manifesto pilihan raya adalah sebuah dokumen bertulis yang mengandungi pelbagai jenis janji yang bakal dipenuhi sekiranya ahli politik atau parti politik yang membuat manifesto terbabit menang dalam sesebuah proses pilihan raya. Manifesto plihanraya selalunya dibuat setiap kali tibanya musim pilihan raya sama ada pilihan raya umum (PRU) ataupun pilihan raya kecil (PRK).
Manifesto pilihan raya selalunya dibuat secara ringkas dengan mengunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh semua pihak. Dengan adanya manifesto pilihan raya ini, rakyat secara keseluruhannya akan mudah untuk memahami segala rancangan yang bakal dilakukan sekiranya ahli politik atau parti politik yang membuat manifesto ini terpilih atau menang dalam sesuatu proses pilihan raya.
Terdapat pelbagai jenis janji di dalam manifesto pilihan raya ini. Kesemua janji ini selalunya dilihat sebagai “janji manis” sewaktu pilihan raya yang digunakan untuk memenangi hati rakyat terutamanya hati pengundi.
Antara janji yang sering dilemparkan adalah yang berkaitan dengan janji untuk mengurangkan beban atau masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat, janji untuk memperbaiki keadaan ekonomi, janji untuk memberi pelbagai jenis bantuan sosial, janji untuk meningkatkan tahap serta peluang pendidikan, janji untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik dan macam-macam jenis janji lagi.
Pengundi selalunya akan memberi undi mereka kepada mana-mana ahli politik atau parti politik yang menawarkan janji terbaik melalui manisfesto pilihan raya yang dikeluarkan oleh mereka.
Namun amat sedih untuk diketahui, status sesebuah manifesto pilihan raya hanyalah sekadar janji manis yang tidak terikat dengan undang-undang. Ini bermakna, ahli politik atau parti politik yang membuat manisfesto ini tidak perlu menunaikan janji yang telah dibuat setelah mereka menang pilihan raya dan mendapat kuasa untuk memerintah negara.
Jika kita masih ingat pada tahun 2013 yang lalu, pihak Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah. Berikutan keputusan penting itu, pihak mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pada pilihan raya umum 2008.
Dalam kes terbabit, hakim bersetuju dengan hujahan bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang. Seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut.
Adalah penting supaya setiap manifesto yang dibuat oleh mana-mana ahli politik atau parti politik untuk diikat dengan undangundang supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana ahli politik atau parti politik yang tidak memenuhi, melanggari atau pun berlengah-lengah dalam memenuhi segala janji manifesto pilihan raya mereka.
Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disarankan mengambil langkah yang proaktif dalam perkara ini. Pihak SPR perlu mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu manifesto pilihan raya ini untuk diberikan satu kuasa undang-undang terhadapnya. Pindaan boleh dilakukan melalui sebarang akta sedia ada seperti Akta Kesalahan Piliharaya 1954 [Akta 5] bagi menyelesaikan perkara ini.
Sekiranya manifesto pilihan raya diikat dengan kuasa undang-undang, setiap ahli politik serta parti politik akan lebih mengambil serius terhadap manifesto pilihan raya mereka serta akan menyediakan sebuah manifesto pilihan raya yang lebih realistik serta yang berdasarkan fakta dan maklumat yang sahih di masa akan datang. Melalui langkah ini juga, hak dan kepentingan setiap pengundi dalam negara kita juga dapat dilindungi.
* Dr Muzaffar Syah Mallow, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI
Muzaffar Syah Mallow
Sun Nov 17 2019

SPR disaran ambil langkah proaktif dalam perkara ini dengan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu manifesto pilihan raya supaya diberikan satu kuasa undang-undang terhadapnya. - Gambar hiasan

Kemarau | Sungai kedua terpanjang Eropah kekeringan
Kemarau berpanjangan yang melanda tenggara Eropah mengakibatkan ribuan hektar tanaman musnah serta aktiviti perkapalan terjejas di sungai kedua terpanjang di Eropah, Danube. Empangan yang terletak di utara Serbia juga dilaporkan hampir kering akibat suhu tinggi pada musim panas ini.

Krisis China-Taiwan | China tidak tolak kemungkinan guna kekerasan jika perlu
China dilaporkan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti atau cubaan untuk memisahkan Taiwan dan akan menggunakan kekerasan jika perlu. Ia selepas republik itu mengeluarkan kertas putih baharu dan menarik balik janjinya tidak menghantar tentera atau kakitangan pentadbir ke Taiwan.

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor
Seorang dilaporkan terkorban manakala 14 lain cedera dalam kejadian letupan dahsyat yang menggegarkan pangkalan udara di Crimea, pada Selasa. Gabenor Crimea yang dilantik Rusia, Sergei Aksyonov pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja pemeriksaan sedang dilakukan pihak penyiasat dan kawasan itu akan kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

Siasatan | Donald Trump akan disoal siasat peguam New York
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal disoal siasat oleh Peguam Negara New York pada Rabu. Ia beberapa hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumahnya di Mar-a-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.

Olahraga | Muhammad Azeem timbang semula lanjut pengajian di Houston
Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat. Keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

Zon ASEAN | KL City FC mara ke final Piala AFC 2022
Penentuan sepakan penalti membawa tuah kepada Kuala Lumpur City FC selepas mara ke final Zon ASEAN Piala AFC 2022 dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC, apabila perlawanan menyaksikan seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan.

Jenayah Siber | Pengguna perlu ada sikap semak silang
Pengguna seharusnya juga mempunyai sikap semak silang sekiranya menerima panggilan atau dihubungi pihak yang mendakwa mewakili agensi tertentu, kata Pakar Keselamatan Rangkaian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain.

Mahkamah | Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka
Seorang peniaga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima bayaran RM549,090 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.

Mahkamah | Pasukan peguam Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan
Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, pada Rabu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Bot Karam | Tiga nelayan hilang sejak Isnin ditemukan meninggal dunia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang pada Isnin lalu ditemukan meninggal dunia. Kesemua mangsa dikenali Saludin Ismail, 50 tahun; Mohd Nazri Abu Bakar, 48 tahun dan Zulkifli Umar,47 tahun.

Pemimpin bercakaran sesama sendiri merugikan - Penganalisis
Serangan berbaur politik juga semakin menjadi-jadi tanpa mengira parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

Demi Malaysia lebih baik, pemimpin NGO boleh bertanding di bawah parti politik bersih seperti Keadilan - Tun M
Dr Mahathir berkata, PKR pernah meminjamkan logo mereka kepada parti lain pada PRU14, dan akhirnya berjaya membentuk Kerajaan Pakatan Harapan

Rakyat sinis terhadap politik kerana isu rasuah, biadab dan zalim - Anwar
Manfaatkan sistem politik untuk bawa perubahan ke arah yang lebih baik kepada negara, gesa Anwar.

Selebriti TV dan ahli politik Pakistan Aamir Liaquat meninggal dunia pada usia 49
Aamir Liaquat ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya dan dikejarkan ke hospital tetapi gagal diselamatkan, lapor media Pakistan.

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua ahli politik India.

Indonesia kutuk kenyataan dua ahli politik India hina Nabi Muhammad
Indonesia turut memanggil Duta India di Jakarta dan menyerahkan surat bantahan berhubung perkara itu.

Ahli politik yang terbaik adalah yang ringkas, rendah diri, jujur - Vijay Eswaran
Ahli politik hari ini merasakan mereka tahu segalanya dan tidak secara ikhlas menurut sertakan rakyat untuk bersama mereka membentuk negara.

Akta Antilompat Parti pastikan tiada lagi ahli politik ambil kesempatan - Penganalisis politik
Penggubalan Akta Antilompat Parti akan memastikan tiada lagi wakil rakyat yang mengambil kesempatan untuk mengubah parti masing-masing sehingga menjejaskan kepimpinan pentadbiran negara.

Ahli politik Thailand didakwa menghina institusi diraja, langgar undang-undang siber
Thanathorn Juangroongruangkit mengkritik rancangan perolehan vaksin COVID-19 kerajaan.

Ahli politik, bekas pegawai tinggi kerajaan mangsa godam penipuan menyamar rakan
Sindiket akan menghantar mesej kepada setiap senarai kenalan dalam telefon bimbit mangsa untuk meminjam wang.