awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai calon Pas Sabah sudah diluluskan Majlis Syura

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2022
04:50 MYT
Senarai calon Pas Sabah sudah diluluskan Majlis Syura
ALIAKBAR: Gerak kerja Pas telah dijalankan dalam pelbagai aspek bagi menyantuni rakyat.
KOTA KINABALU: Senarai calon yang dikemukakan Pas Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama Pas, kata Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan.
Beliau bagaimanapun berkata, senarai kawasan Parlimen yang disasarkan masih dalam rundingan dan belum ditentukan lagi.
"Kita yakin ada kerusi-kerusi yang boleh menang dan gerak kerja Pas sudah turun kepada masyarakat.
"Bagaimanapun rundingan masih berjalan dengan semua pihak yang berkepentingan dan bersesuaian.
"Setiap kawasan dikehendaki menghantar tiga nama sebagai calon dan senarai kawasan masih dalam perundingan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik di Sabah berkata, Pas Sabah kini telah bersiap siaga bagi menghadapi PRU15.
"Gerak kerja Pas telah dijalankan dalam pelbagai aspek bagi menyantuni rakyat antaranya program-program kebajikan, pendidikan, kemasyarakatan dan dakwah dalam institusi kelompok masyarakat.
"Jentera pilihan raya di semua peringkat telah digerakkan dan bilik operasi juga telah digerakkan sepenuhnya. Jentera parti kini sudah bersedia untuk menghadapi PRU15," katanya.
BACA: PRU15: PAS Sabah akan letakkan calon, yakin boleh menang
Sebelum itu, pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) Sabah 2020, Pas Sabah tidak bertanding dan membantu calon Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) yang bertanding sekali gus bersama dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Bagaimanapun, pada PRU15 kali ini Pas Sabah menyatakan hasrat untuk meletakkan calon di beberapa kerusi termasuk di Parlimen Sepanggar. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Pas Sabah
#Aliakbar Gulasan
#senarai kawasan Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan