awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan pembangkang hanya perang propaganda - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2017
05:50 MYT
Serangan pembangkang hanya perang propaganda - Syed Ali
SYED ALI: Dakwaan pembangkang bahawa orang Melayu akan menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang dengan menggelarkannya sebagai tsunami Melayu hanya sekadar perang propaganda. - Gambar fail
Dakwaan pembangkang bahawa orang Melayu akan menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang dengan menggelarkannya sebagai tsunami Melayu hanya sekadar perang propaganda.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, hanya tsunami tong kosong Pakatan Harapan yang bakal berlaku pada PRU akan datang, bukannya tsunami Melayu seperti yang dikatakan mereka.
"Pada PRU ke-13 blok pembangkang mencanangkan dengan yakinnya ke seluruh negeri kononnya akan berlaku tsunami politik yang akan membolehkan mereka menguasai Putrajaya.
"Tetapi, tsunami politik PRU-13 sepertimana dakwaan mereka juga tidak berlaku, malah UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu membentuk kerajaan sepertimana yang ada hari ini.
"Isu tersebut sengaja dimainkan pembangkang kerana PRU ke-14 semakin hampir dengan harapan rakyat akan memihak kepada kereka," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Kata beliau, perkataan tsunami dan tawan Putrajaya cukup sinonim dengan laungan pembangkang setiap kali hampirnya pilihan raya.
"Saya yakin tsunami tersebut tidak akan berlaku, sebaliknya akan berlaku tsunami UMNO kerana tahap sokongan rakyat terutama orang Melayu semakin meningkat," tegasnya.
Beliau menyifatkan pakatan pembangkang berada dalam keadaan terdesak untuk menagih sokongan pengundi.
"Dalam pakatan pembangkang kucar-kacir dengan pelbagai masalah, sebab itu mereka cuba mengalih perhatian dengan memainkan isu tsunami Melayu.
"Oleh sebab itu, pemimpin pembangkang mula melancarkan serangan persepsi kononnya akan berlaku tsunami Melayu dan mereka akan memenagi pilihanraya.
"Kita kena berlaku jujur bahawa blok pembangkang berada dalam keadaan bercelaru, kita tak tahu yang mana satu ketua dan yang mana satu pengikut dalam pakatan tersebut," ujarnya.
Syed Ali berkata, orang Melayu tidak akan menyokong blok pembangkang kerana DAP menjadi dalangnya.
"Orang Melayu berfikir, untuk apa mereka sokong kerana DAP, parti yang mendominasi pakatan tersebut," katanya.
Sebaliknya kata beliau, orang Melayu tetap akan memberi sokongan kepada UMNO dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU akan datang.
"Tidak ada sebab mengapa orang Melayu perlu menukar kerajaan pada PRU akan datang, kerana UMNO terbukti sudah berjasa kepada mereka.
"Pakatan pembangkang hanya tong kosong yang hanya membuat bising apabila menjelang PRU.
"Pembangkang sekadar tong kosong, tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat," katanya.
Topic Berkaitan
#DAP
#PRU
#Syed Ali
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan