awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan sebulat suara DUN Perak kepada Saarani sebagai Menteri Besar

Aida Aziz
Aida Aziz
16/12/2020
08:32 MYT
Sokongan sebulat suara DUN Perak kepada Saarani sebagai Menteri Besar
Pada Khamis, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14. - Gambar fail
IPOH:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak hari ini sebulat suara menyokong usul menyatakan kepercayaan kepada Datuk Saarani Mohammad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.
Usul tersebut dikemukakan oleh ADUN Trong, Jamilah Zakaria (UMNO) yang memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menggunakan Perintah Tetap 80(2) yang dibacakan bersama Perintah Tetap 13(1).
Ia adalah bagi membolehkan DUN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Saarani sebagai Menteri Besar Perak ke-14.
Jamilah juga memohon DUN menggunakan perintah tersebut untuk menyatakan kepercayaan penuh ahli Dewan itu terhadap Saarani dan berikrar memberi kerjasama serta sokongan sepenuhnya kepada beliau bagi menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan penuh amanah dan berkesan.
Usul ADUN Trong tersebut disokong oleh ADUN Belanja, Khairuddin Abu Hanifah (UMNO).
Pada Khamis, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Sultan Nazrin memberikan perkenan perkara itu selaras dengan Fasal (1) Perkara XII dan perenggan (a) Fasal 2, Perkara XVI, Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#ADUN Trong
#Jamilah Zakaria
#ADUN Perak
#Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
#Menteri Besar Perak
#Saarani Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan