KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin muda UMNO mempersoalkan benarkah suara anak muda dalam parti itu akan terus disekat dan diugut akan pecat atau digantung hanya kerana mengkritik pemimpin parti.
Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Syed Nasir dalam satu kenyataan baru-baru ini mendakwa, dia diminta supaya berhati-hati kerana ada pihak sedang memproses dan giat melaporkan semua kritikannya kepada Lembaga Disiplin UMNO Malaysia.
Jelasnya, dia hanya orang muda biasa dan ahli Pemuda UMNO yang tiada jawatan di peringkat cawangan mahupun bahagian, yang mahu mengeluarkan pandangan berkaitan survival parti.
“Apatah lagi, Presiden UMNO sudah meletakkan komitmen bahawa beliau menerima dengan hati terbuka terhadap apa jua kritikan radikal dalam kalangan ahli terutamanya orang muda.
“Rakyat Malaysia akan menilai tindakan-tindakan pemimpin Pemuda sebegini kerana terlalu menjaga diri mereka demi bertanding pada pemilihan akan datang," katanya.
Menurutnya, ada ahli yang takut berdepan penggantungan akibat berani bersuara menyampaikan pandangan bertentangan.
BACA: Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak
Namun, Syed Mohd menegaskan, sekiranya benar Lembaga Disiplin UMNO mahu menyekat kebebasannya sebagai ahli parti melalui laporan yang dibuat, maka benarlah "demokrasi dalam UMNO sudah mati".
Dia sebelum ini mengeluarkan kenyataan menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia menyiasat dengan adil laporan dua ahli UMNO yang mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan parti.
Laporan itu dibuat berikutan usul tiada pertandingan dua jawatan tertinggi dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Ujarnya, RoS perlu bebas daripada campur tangan mana-mana pihak demi keadilan dan demokrasi di negara ini.
Astro Awani
Wed Jan 25 2023

Syed Mohd menegaskan sekiranya benar Lembaga Disiplin UMNO mahu menyekat kebebasannya sebagai ahli parti, maka benarlah 'demokrasi dalam UMNO sudah mati'. - Gambar fail

Belon Pengintip | AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia
Amerika Syarikat akan berkongsi maklumat yang diperolehi mengenai belon pengintip China dengan puluhan negara di seluruh dunia. Menurut Setiausaha Negaranya, Anthony Blinken beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg mengenai cabaran sistemik dan taktikal yang diberikan China kepada perikatan tentera itu.

Gempa Turkiye-Syria | Terperangkap 50 jam, hilang semua ahli keluarga
Hospital di Syria berdepan peningkatan jumlah kemasukan pesakit kanak-kanak. Sebahagian besarnya ditarik keluar daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda tenggara Turkiye dan utara Syria, pada Isnin.

Gempa Turkiye-Syria | AS beri sokongan penuh untuk bantu Turkiye
Presiden Joe Biden komited untuk membantu Turkiye dan Syria pasca gempa yang melanda dua negara terbabit. Menurut Biden, komitmen itu sudah dinyatakan kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Tular | Rezeki peniaga Pisang 'Cheese', jualan laris 70kg sehari
Walaupun perniagaan makin maju, pemuda ini masih mahu mengejar cita-cita sebagai juruterbang.

Rasuah | Malaysia perlu lebih proaktif
Dalam usaha untuk mencapai sebuah negara yang mampu menjamin kestabilan dalam pelbagai aspek terutamanya membabitkan masyarakat yang inklusif dan aman atau terwujudnya penegakan keadilan yang lebih menyeluruh, Malaysia perlu berusaha lebih gigih selain keperluan dalam memperbaiki kekuatan yang ada. Menurut Pengerusi Global Leadership Foundation, Helen Clark, Langkah yang lebih proaktif perlu dimainkan oleh negara ini dalam menangani pelbagai isu yang melanda terutamanya dalam krisis rasuah yang banyak diperkatakan.

FAMA Terengganu | Beri jaminan bekalan sayur, telur cukup untuk Ramadan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA, Terengganu memberi jaminan bekalan sayur dan telur mencukupi dan dapat menampung permintaan pengguna pada bulan Ramadan. Pengarahnya Nukman Hashim berkata isu kekurangan sayur dijangka dapat diatasi kerana pekebun sudah mula menanam kembali selepas musim tengkujuh dan dikatakan akan dituai dalam tempoh terdekat.

Konflik Selatan Thai | Serah pada kebijaksanaan dua PM - Zambry
Ketika soalan berkaitan isu konflik selatan Thailand diajukan kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, beliau menyerahkan isu tersebut kepada kebijaksanaan pemimpin kedua-dua negara. Beliau berkata demikian pada sidang media khas sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand yang dalam rangka lawatannya akan turut Bertemu Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha.

Gempa bumi Turkiye: Doakan wira kami selamat pergi dan kembali - Isteri anggota SMART
Isteri mana yang tidak sedih, apatah lagi bimbang, lebih-lebih lagi menyedari tugasan tersebut datang bersama risiko yang tinggi.

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,084 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus. Ia mewakili 794 ribu 634 individu.

Nahas | Seorang lagi maut, kini tujuh yang terkorban
Seorang lagi mangsa kemalangan melibatkan sebuah van yang terbabas di kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang petang Rabu meninggal dunia, menjadikan jumlah yang terkorban kini tujuh orang. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang maut dikenali sebagai Wong Choun Chiet (pemandu), 49 tahun ; Foong Ah Lan, 67 tahun ; Lee Moy, 67 tahun; Goh Siew Kim, 61 tahun ; Ang Meng Hing, 62 tahun ; Seow Mee Tin, 72 tahun, dan Chang Them Kong, 70 tahun.

Keputusan Presiden, MKT lemahkan kebangkitan UMNO
Sepatutnya Presiden parti perlu bijak membezakan antara dendam politik dan perjuangan mengimbangi kuasa.

Suara anak muda dalam UMNO disekat? - Syed Mohd
Syed Mohd mendakwa dia diminta berhati-hati kerana ada pihak sedang giat melaporkan semua kritikannya kepada Lembaga Disiplin UMNO.