AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali meneruskan tugasnya pada hari pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri, di sini, pagi ini.
Ketibaan beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad dan disambut kira-kira 20 kakitangan pejabat itu.
Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu kemudian secara simbolik mengetip kad perakam masa untuk mengesahkan kedatangannya sebaik tiba di pejabatnya di tingkat empat.
Sejurus selepas itu, majlis bacaan doa ringkas diadakan di pejabat berkenaan dengan diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abd Halim Tawil.
Sulaiman ketika ditemui berkata fokus utama beliau ada meneruskan tugas dan amanah serta mandat yang diberikan oleh rakyat seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.
BACA: Exco Melaka diumumkan minggu depan - Sulaiman
BACA: KM Sulaiman janji tidak hampakan rakyat Melaka
“Pada saya ini bukan satu tugas yang mudah apabila diberi kepercayaan lebih besar, amanahnya lebih besar bermakna tugas pasukan saya nanti adalah satu tugas besar yang sedang menanti.
“Besar dari segi ujian serta kemahuan dan kehendak rakyat yang harus kita kotakan kerana apa yang terkandung dalam manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) akan saya laksanakan dengan segera,” katanya.
Sulaiman sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas BN berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN negeri itu.
BACA: Sulaiman Md Ali selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
BACA: 'Tidak ada salahnya saya angkat sumpah segera kerana jadual ketat' - Sulaiman
BACA: PRN Melaka: 'Saya tolak khabar angin, kami sokong Sulaiman sebagai Ketua Menteri' - Ab Rauf
BACA: Pelantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka tidak patut dipertikai
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Utama kira-kira jam 12.58 tengah malam Sabtu.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Nov 22 2021

Sulaiman mengetip kad perakam masa untuk mengesahkan kedatangannya sebaik tiba di pejabatnya di tingkat empat. -Astro AWANI

Wanita buat laporan palsu konon kena samun
Wanita tempatan berusia 28 tahun itu datang ke balai polis untuk membuat laporan mendakwa dirinya disamun.

59 negara sertai Sidang Kemuncak Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam
Sidang kemuncak tiga hari itu bermula pada Khamis di Bandar Kazan, menyaksikan penyertaan 44 negara Islam, daripada 59 keseluruhannya.

Sembilan menteri baharu angkat sumpah di Sri Lanka
Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa awal bulan ini melantik ahli politik veteran Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri.

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Dakwaan Sulaiman dipaksa tandatangan surat letak jawatan Ketua Menteri Melaka tidak berasas
Sulaiman akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga tamat penggal seperti mana yang dipersetujui sebelum ini.

Ribuan ikan di Sungai Tuang mati bukan sebab pencemaran
Ketua Menteri berkata, ikan itu dibuang oleh mereka yang memasang jaring hanyut atau pekap di pantai sekitar.

Zakat fitrah di Melaka ditetapkan tiga kadar RM7, RM14 dan RM21
Bayaran zakat fitrah di Melaka pada tahun ini ditetapkan pada tiga kadar iaitu RM7, RM14 atau RM21 bagi seorang umat Islam di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Harga bufet Ramadan biar berpatutan - Ketua Menteri Melaka
Pihak hotel diminta menawarkan harga berpatutan sekali gus menarik lebih ramai orang menikmati juadah di premis mereka.

Melaka benar jemaah rapatkan saf ikut saiz sejadah bermula 1 April
Jemaah yang bersolat di semua masjid dan surau di negeri ini dibenar merapatkan saf mengikut saiz sejadah standard bermula 1 April selaras dengan fasa peralihan endemik COVID-19 di seluruh negara.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Bas Singgah-Singgah produk pelancongan baharu tarik pengunjung ke Melaka
Perkhidmatan berkonsepkan bas pelancongan elektrik yang pertama diperkenalkan itu merupakan ikon dan produk baharu Melaka yang dilihat mampu menarik lebih ramai pengunjung.

Melaka lulus pindaan had umur 18 tahun layak jadi ADUN
Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan dibahaskan beberapa ADUN sebelum diluluskan selepas bacaan kali ketiga.