awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Pelakon Vijay tiba di Kuala Lumpur menjelang pelancaran audio filem Jana Nayagan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Susah senang kita bersama - Hadi Awang

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
16/08/2021
15:19 MYT
Susah senang kita bersama - Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau akan terus bersama di waktu senang dan susah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau akan terus bersama di waktu senang dan susah.
Menerusi perkongsian di Facebook, Abdul Hadi menjelaskan komitmennya itu masih sama seperti yang pernah disebutkan sebelum ini.
Kenyataan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Marang itu menghubungi Perdana Menteri 'Caretaker', Muhyiddin sebentar tadi.
Beliau turut menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Menurut Abdul Hadi, susah senang yang dimaksudkan itu adalah khusus dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama rakyat.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, lantik beliau PM 'caretaker'
Sebelum ini, Muhyiddin telah mengunjungi Abdul Hadi di kediamannya yang terletak di Rusila, Marang pada Khamis lalu.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, kunjungan beliau ke kediaman Abdul Hadi sekadar kunjungan biasa.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara, susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Baginda di Istana Negara pada Isnin.
Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan PN.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#PAS
#perpaduan
#Parlimen
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan