awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tajuddin Rahman boleh sertai Pas," kata Takiyuddin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/06/2022
10:56 MYT
"Tajuddin Rahman boleh sertai Pas," kata Takiyuddin
Pas sedia menerima Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebagai sekiranya Ahli Parlimen Pasir Salak itu berminat, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KAMPAR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman boleh menyertai parti Pas bagi meneruskan kelangsungan karier politiknya.
Perkara tersebut dinyatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menurut Takiyuddin, sesiapa sahaja boleh menyertai Pas dan parti itu akan menerimanya,
“Siapa nak sertai Pas pun boleh kita terima dan untuk makluman pada kelmarin, kita telah mengadakan kempen keahlian baharu Pas di Kedah (dan) pada hari Sabtu baru-baru ini kita menerima ahli baharu, dalam tempoh seminggu lebih sikit 12,000 orang.
“(Kesemua) 12,000 orang ahli baharu itu telah kita terima. Jadi siapa pun boleh menyertai Pas. Itu kita anggap satu penerimaan masyarakat termasuklah pengundi-pengundi baharu,” kata Takiyuddin ketika ditemui selepas Majlis Penutup Kursus Malim Gunung Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di sini, pada Isnin.
Pada Sabtu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mempelawa Tajuddin yang digugurkan sebagai ahli MKT UMNO untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) mewakili parti itu sekiranya beliau tidak diberikan tempat oleh Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Razman berkata, pelawaan tersebut dibuat bukan bermaksud mahu mencampuri urusan parti-parti lain, sebaliknya, mengambil kira situasi semasa yang mahu agar PRU15 diadakan segera.
Media pada Khamis melaporkan Tajuddin digugurkan daripada ahli MKT UMNO berkuat kuasa 21 Jun lalu memetik kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad.
Ahmad bagaimanapun enggan mengulas punca pengguguran berkenaan dan hanya menzahirkan penghargaan atas komitmen Ahli Parlimen Pasir Salak itu selama ini.
Bagaimanapun, pada Jumaat, Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran tindakan yang dikenakan terhadap Tajuddin itu disebabkan kesalahan yang dilakukan Ahli Parlimen Pasir Salak itu.
Topic Berkaitan
#Tajuddin Abdul Rahman
#Tajuddin digugurkan
#PAS
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan