awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tamrin Ghafar tarik diri dari PAS

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2014
11:38 MYT
Tamrin Ghafar tarik diri dari PAS
Tamrin dikatakan akan menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang memperjuangkan perpaduan antara kaum serta keharmonian negara. - Foto BERNAMA
Bekas pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Mohd Tamrin Abdul Ghafar mengumumkan tidak lagi menganggotai parti PAS berkuatkuasa pada Rabu.
Lapor The Malaysian Insider, Tamrin yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada setiausaha agung PAS bagi menarik diri daripada menjadi ahli parti Islam itu.
"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," kata Tamrin.
Perkara ini turut disahkan oleh ibu pejabat PAS dengan penerimaan surat bertajuk ‘Menarik diri sebagai ahli PAS’ daripada Tamrin.
Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan Pakatan Rakyat.
Beliau pernah berkata sebelum ini, walaupun sekiranya beliau keluar dari PAS, dia tidak akan sekali-kali kembali kepada parti asalnya, Umno.
Seterusnya, Tamrin dikatakan akan menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang memperjuangkan perpaduan antara kaum serta keharmonian negara.
GAP merupakan idea beliau yang dicetuskannya pada satu pertemuan sempena memperingati tarikh 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor tahun lepas.
Gerakan itu akan dilancarkan di Petaling Jaya malam Rabu.
Topic Berkaitan
#GAP
#Gerakan Anti Perkauman
#Mohd Tamrin Abdul Ghafar
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan