awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanda tanya Muda tidak dijemput mesyuarat sekretariat

Sinar Harian
Sinar Harian
09/02/2023
01:00 MYT
Tanda tanya Muda tidak dijemput mesyuarat sekretariat
Mesyuarat dipengerusikan Anwar pada Selasa malam menimbulkan tanda tanya apabila Muda tidak dijemput untuk menyertainya. --fotoBERNAMA
MESYUARAT Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali pertama dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadiri semua pemimpin parti membentuk Kerajaan Perpaduan telah selesai berlangsung pada Selasa.
Bagaimanapun, mesyuarat itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya apabila Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak dijemput untuk menyertainya.
Apakah punca-punca yang menyebabkan parti dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu tidak dijemput menyertainya sedangkan Muda juga menyokong Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar?
Ramai juga yang ingin mengetahui jawapan tentang perkara ini kerana mustahal mereka yang terlibat tentang jemputan terlepas pandang kerana jika dilihat logo Sekretariat Kerajaan Perpaduan turut mengandungi logo Muda dan perlunya parti itu berada dalam mesyuarat.
Setiausaha Agung Muda, Amir Abd Hadi menerusi ciapan Twitternya telah menyuarakan rasa terkilannya kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat pertama berkenaan.
Amir menjelaskan tidak menerima sebarang jemputan termasuk menerusi surat, mesej atau emel.
“Saya, Setiausaha Agung parti. Kalau ada sebarang komunikasi, sudah tentu melalui saya.
“Tidak ada surat, mesej, e-mel yang diterima. Kami hanya tahu ia berlangsung dari media,” katanya menjawab satu perkongsian dari ciapan pengguna akaun di Twitter beliau.
Amir juga berharap sedikit taklimat diberikan kepada mereka bagi membolehkan partinya yang kini menjadi sebahagian kerajaan mengetahui sedikit perkembangan hasil dari mesyuarat berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#muda
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan
#Amir Abd Hadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan