awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanggapan Bersatu akan jadi UMNO 2.0 satu penghinaan - Mohd Radzi

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2018
11:56 MYT
Tanggapan Bersatu akan jadi UMNO 2.0 satu penghinaan - Mohd Radzi
Mohd Radzi berkata pendedahan demi pendedahan oleh kerajaan Pakatan Harapan berhubung dakwaan penyelewengan menyedarkan anggota dan pemimpin UMNO untuk meninggalkan parti itu. - Gambar fail
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa Bersatu akan bertukar wajah menjadi 'UMNO versi 2.0' dengan ramai bekas pemimpin dan anggota UMNO dilaporkan ingin menyertainya.
Bernama melaporkan beliau menegaskan pandangan seumpama itu merupakan satu penghinaan kepada perjuangan Bersatu yang ditubuhkan pada 8 Sept 2016.
Mohd Radzi menarik perhatian bahawa Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin, disertai pemimpin dan anggota lain, berjuang atas dasar semangat untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada waktu itu.
Apa yang ditentang, katanya, ialah keburukan kerajaan terdahulu, antaranya dari sudut penyelewengan, rasuah dan tadbir urus yang amat lemah.
"Jadi, apabila orang kata Bersatu ini akan diambil (alih) oleh UMNO, akan dijadikan UMNO 2.0, itu satu 'insult' (penghinaan) kepada perjuangan parti," kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pendedahan demi pendedahan oleh kerajaan Pakatan Harapan berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan institusi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta entiti melibatkan orang Melayu termasuk Lembaga Tabung Haji dan Felda, dilihat menyedarkan anggota dan pemimpin UMNO untuk meninggalkan parti itu.
"Ramai yang cukup marah, seolah-olah mereka diperbodohkan," katanya, sambil menambah ramai yang dilihat ingin bersama Bersatu yang memperjuangkan kebenaran.
Bagaimanapun, menurut Bernama, Mohd Radzi menegaskan semua permohonan untuk menyertai Bersatu akan ditapis dengan teliti demi menjaga imej dan integriti parti.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Bersatu
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Mohd Radzi Md Jidin
#Muhyiddin Yassin
#penghinaan
#PPBM
#Rasuah
#UMNO
#UMNO versi 2 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan