TAMPIN: Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Januari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata, fokus utama ahli parti UMNO ketika ini adalah membantu penduduk yang terlibat dengan banjir di beberapa negeri termasuk di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, sejak bulan lepas.
“Kita belum muktamadkan tarikh baharu (PAU) dan kita akan putuskan dalam mesyuarat MKT yang akan dipengerusikan presiden parti untuk tarikh baharu yang sesuai.
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung penangguhan PAU yang sepatutnya diadakan pada 13 hingga 15 Januari ini. Keutamaan kita bantu mangsa banjir, mereka perlu dibantu dulu,” katanya ketika ditemui pemberita pada program gotong-royong perdana di Taman Pinggiran Sungai Kelamah di sini pada Selasa.
Pada 25 Disember lepas, Ahmad mengumumkan PAU 2021 yang dijadual berlangsung pada 13 hingga 15 Januari ini ditangguhkan susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.
Sementara itu, beliau berharap UMNO Bahagian Kota Raja dan Klang di Selangor yang masih belum mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian berikutan banjir, supaya mengadakannya pada hujung bulan ini setelah keadaan reda.
Bernama
Tue Jan 04 2022

Fokus utama ahli parti UMNO ketika ini adalah membantu penduduk yang terlibat dengan banjir di beberapa negeri termasuk di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, sejak bulan lepas. - Gambar fail

Mengaku guna dokumen palsu bagi tuntutan kerja luar, jurutera kanan TNB didenda
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas Mohammad Khuzairee Ibrahim menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes tersebut.

Polis yakin suspek kes tiga mayat ditemukan bertindan masih di Malaysia
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, semakan yang dilakukan polis mendapati tiada rekod kedua-dua suspek keluar dari negara.
AWANI Borneo [25/09/2023] - Undi 4 November | Harta wakaf | Pertanian moden
AWANI Borneo 25 September 2023 bersama Jasmine Abu Bakar;
1) PRK DUN Jepak, GPS sahkan calon dari PBB
2) Sabah ada potensi bangunkan harta wakaf
3) Sarawak bakal sedia dana khas modal teroka industri makanan
1) PRK DUN Jepak, GPS sahkan calon dari PBB
2) Sabah ada potensi bangunkan harta wakaf
3) Sarawak bakal sedia dana khas modal teroka industri makanan

Selangor berusaha kukuhkan kehadiran di peringkat global menerusi perniagaan, pendidikan
Kerajaan negeri Selangor sedang giat mengenal pasti peluang bagi meningkatkan kehadirannya di persada antarabangsa dalam bidang perniagaan dan pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

325 pekerja asing dipaksa tidur di stor sempit, kilang plastik disiasat
Sebuah premis pembuatan bahan berasaskan plastik di Taman Tan Sri Yaakob, disiasat selepas disyaki gagal mematuhi peraturan penginapan bagi 325 pekerja asing di kilang itu.

Bekas Presiden Bolivia Morales akan bertanding semula jawatan
Bekas presiden Bolivia Evo Morales mengumumkan hasratnya untuk bertanding semula dalam pilihan raya akan datang pada 2025, menurut satu catatan di Facebook pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Sandiaga Uno hadir pernikahan anak di New York
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno dilaporkan menikah anak perempuannya, Anneesha Atheera Uno dengan pasangannya, Panji Bahas Dwiprakoso di Masjid Al Hikmah New York.

Polis KL tumpas lapan sindiket calling centre berselindung di sebalik kediaman mewah
Polis menahan 155 individu termasuk warga asing kerana disyaki terbabit dengan sindiket calling centre dalam lapan serbuan berasingan di sekitar ibu negara dari 4 hingga 21 September lalu.
Sarawak bakal sedia dana khas modal teroka industri makanan
Kerajaan Sarawak dalam proses membentuk mekanisme bagi menyediakan dana khas modal teroka industri makanan menerusi pertanian moden.
Sarawak siap sedia hadapi Monsun Timur Laut – Uggah
Sarawak bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda negeri ini bermula November depan.

UMNO: Polemik pelantikan MB Johor dijangka disentuh dalam ucapan Presiden
Polemik pelantikan Menteri Besar Johor susulan PRN dijangka antara yang akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Agung UMNO 2021 esok.

PAU 2021: Bahas cadang pembaikan isu rakyat, perjuangan parti - Mahdzir
Para pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 perlu memanfaatkan peluang perbahasan dengan mengemukakan cadangan bernas berkaitan isu rakyat.

Tarikh PAU 2021 diputuskan pada 12 Januari
Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Januari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.