Keyakinan pemimpin DAP, Lim Kit Siang bahawa pakatan pembangkang akan menguasai Putrajaya termasuk Johor dan dan Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 hanya seperti 'rubber stamp' setiap kali menjelangnya musim pilihan raya umum.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata pembangkang hanya mengulangi cerita lama sepertimana pernah mereka dendangkan pada PRU ke-13 tetapi keputusannya masih memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Katanya, pada PRU ke-13 pakatan pembangkang yang waktu itu turut dianggotai oleh PAS melahirkan keyakinan melebihi 100 peratus kononnya BN akan kehilangan Putrajaya dan mereka akan membentuk kerajaan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai perdana menteri.
Tetapi ujarnya, pengharapan tersebut tinggal angan-angan Mat Jenin dan DAP ternyata amat kecewa kerana gagal memujuk pengundi supaya memihak kepada pembangkang.
"Jadi, saya sifatkan keyakinan Lim Kit Siang itu hanya seperti 'rubber stamp' yang diulang pakai setiap kali menjelangnya musim PRU untuk menarik sokongan pengundi," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: 'Tauke besar' PH akan terus lagakan pemimpin UMNO - Syed Ali
BACA: DAP hanya pandai tabur janji palsu - MCA
Sebelum bahang PRU katanya, keyakinan itu tidak dinyatakan secara terbuka kerana pembangkang khuatir pengharapan tersebut hanya akan menjadi bahan ketawa orang ramai.
Syed Ali trurut menempelak DAP yang kononnya begitu optimis akan menawan Johor dengan dakwaan mereka hanya memerlukan kira-kira 10 peratus sahaja lagi undi daripada pengundi Melayu untuk menyingkirkan UMNO dan BN.
"Barangkali mereka menjadikan Parlimen Gelang Patah yang diwakili Lim Kit Siang sebagai kayu pengukur, tetapi ternyata mereka silap perhitungan kerana pengundi di kawasan berkenaan telah sedar kesilapan mereka memberi kemenangan kepada DAP pada PRU ke-13," jelasnya.
Ini kata beliau, bangsa Johor tidak begitu mudah untuk membuat perhitungan salah yang merugikan masa depan mereka dengan memberi kemenangan mutlak kepada DAP sedangkan mereka tahu hanya UMNO sebagai parti yang berupaya membela nasib dan masa depan anak cucu mereka.
"Lim Kit Siang barangkali terlupa bahawa UMNO lahirnya di Istana Johor, dan negeri itu merupakan kubu kuat UMNO sejak zaman pra-kemerdekaan sehingga sekarang, mana mungkin bangsa Johor akan berpihak kepada parti rasis seperti DAP," tegasnya.
Begitu juga di Perak kata Syed Ali, walaupun pernah suatu ketika UMNO goyah dan menyaksikan pembangkang menguasai kerajaan negeri untuk sementara waktu, tetapi itu bukan jaminan bahawa pembangkang berpeluang bertapak di negeri berkenaan.
Menurut beliau, UMNO di Perak semakin mantap dan kukuh dengan peningkatan keyakinan rakyat bahawa hanya kerajaan BN dan UMNO yang boleh diharapkan meneruskan perjuangan umat melayu.
Katanya lagi, UMNO pernah dilanda krisis kepimpinan sejak tahun 1987 yang menyaksikan UMNO diharamkan pendaftarannya dan 1992 pula berlaku penyingkiran Anwar daripada tampuk UMNO kerana skandal penyalahgunaan kuasa dan isu meliwat.
"Bagaimanapun, UMNO berjaya melepasi halangan dan dugaan berat tersebut dengan penuh cekal dan yakin bahawa rakyat terutama orang Melayu tetap menyokong parti itu dan terbukti, hari ini UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bertambah cemerlang," tegasnya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut menjelaskan bahawa sokongan pengundi bukan Melayu terutama kaum Cina terhadap BN berada di prestasi terbaik berbanding musim PRU ke-13.
Menyedari peningkatan itu katanya, ternyata telah membimbangkang blok pembangkang terutama DAP yang sememangnya mengharapkan sokongan 80 peratus daripada pengundi Cina.
"Senario 2013 telah berubah dan pada PRU ke-14 akan datang, saya tetap optimis pengundi Cina akan memberi tambahan undi kepada calon BN di seluruh negara dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amnya.
Justeru jelas beliau, pengharapan seperti yang dilaungkan oleh Lim Kit Siang kononnya pakatan pembangkang akan menguasai Putrajaya hanyalah cerita rekaan bertujuan menutup kepincangan dan kecelaruan dalam pakatan pembangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan.
Astro Awani
Thu Aug 17 2017
Syed Ali menjelaskan, keyakinan Lim Kit Siang bahawa mereka akan menguasai Putrajaya termasuk Johor dan dan Perak pada PRU ke-14 hanya seperti 'rubber stamp'. -Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Polis sahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.