awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teliti setiap aspek sebelum tamat MoU Kerajaan, PH - Muhyiddin

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
19/04/2022
10:49 MYT
Teliti setiap aspek sebelum tamat MoU Kerajaan, PH - Muhyiddin
Muhyiddin menyerahkan sepenuhnya keputusan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail/Astro AWANI
PAGOH: Kerajaan perlu memperhalusi pelbagai aspek sebelum membuat keputusan sama ada mahu menamatkan perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik dengan pembangkang atau sebaliknya.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk berkaitan isu perlaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang melibatkan masa depan negara.
Beliau bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya keputusan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ini kerana ujarnya, ia melibatkan pentadbiran kerajaan Persekutuan yang masih berada di bawah pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Saya beritahu bahawa dalam pertemuan saya bersama pimpinan Perikatan Nasional dengan Perdana Menteri pada dua minggu lepas, ada bincang perkara ini.
“Pasal saya dengar pihak pembangkang minta perkara ini dilanjutkan tetapi dalam pertemuan dengan Perdana Menteri dia maklumkan setakat pertemuan yang saya adakan itu belum buat apa-apa keputusan.
“Maka saya tak fikir saya nak buat apa-apa kenyataan bagi pihak beliau, itu terserah kepada Perdana Menteri untuk meneliti wajar ke tak wajar pasal dia ada banyak kaitan dengan soal lain mengenai masa depan negara, pilihan raya dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi Setiausaha Bersatu Bahagian Pagoh, Atiman Kadar di kediamannya di Kampung Sungai Alai, Panchor, Pagoh pada Selasa.
Menurut Muhyiddin yang juga Pengerusi PN, beliau difahamkan pihak pembangkang mahu agar MoU yang sepatutnya tamat Julai ini, dilanjutkan.
Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan MoU antara Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai ini tidak akan diteruskan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan turut berkata UMNO juga menetapkan Akta Antilompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan di Parlimen.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#MoU
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#pilihan raya umum
#Pakatan Harapan
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan