awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teragak-agak pecat tiga exco Pas bukti Azmin Ali 'main wayang' - Noh Omar

Bernama
Bernama
14/05/2017
13:23 MYT
Teragak-agak pecat tiga exco Pas bukti Azmin Ali 'main wayang' - Noh Omar
NOH: "Tindakan Mohamed Azmin dikatakan mengarahkan tiga exco PAS terbabit melepaskan jawatan, seperti sengaja ingin bermain sandiwara." - Foto fail
Tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilihat teragak-agak memecat tiga exco PAS susulan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, membuktikan pemimpin itu ''bermain wayang'' politik dalam mentadbir Kerajaan Selangor.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata keadaan itu menunjukkan seolah-olah kedua-dua pihak mempunyai kepentingan peribadi apabila kesemua exco PAS berkenaan enggan melepaskan jawatan dan Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR tidak merombak barisan exco negeri.
"Mohamed Azmin terkenal sebagai pemimpin yang menghormati perjuangan parti dan sepatutnya sebagai Menteri Besar, beliau ada hak mutlak untuk menukar barisan pimpinan negeri yang sedia ada.
"Namun, sehingga kini ia tidak dilakukan...tindakan Mohamed Azmin dikatakan mengarahkan tiga exco PAS terbabit melepaskan jawatan, seperti sengaja ingin bermain sandiwara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival Muar di Dataran Tanjung Emas di sini, hari ini.
Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta kerana parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.
Noh yang juga Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar berkata Mohamed Azmin dilihat hanya bersandiwara kerana beliau sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak untuk menukar barisan exco sekiranya mahu dan tidak perlu meminta tiga exco PAS itu meletakkan jawatan.
Menurutnya tiga exco PAS itu tidak akan melepaskan jawatan dan tidak mustahil juga ''melompat'' parti demi kepentingan peribadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Noh Omar
#PAS
#PKR
#politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan