POLITIK
Terkini: Kempen pilihan raya 3 figura 'hot' Malaysia di media sosial
MASAKAN kita hendak berpaling.
Kini, tiga figura besar politik tanahair, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi tumpuan utama dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Semakin rancak, semakin sengit.
Penghujung kepada episod 'perang' di media sosial ini bakal terjawab pada 9 Mei depan.
Pemerhatian Astro AWANI memberi tumpuan terhadap tiga nama besar dalam arena politik tanah air.
Kempen paling hangat dan mendapat perhatian di media sosial mereka (sewaktu artikel diterbitkan):
Di Twitter, PM Najib menafikan fitnah 'recycle' pembangkang iaitu isu pengundi Bangladesh.
"Bila pembangkang asyik ulang kisah #PengundiBangladesh, kain rentang pun turut difitnah! Kita di Malaysia hidup pelbagai kaum, salah satunya masyarakat Telugu dan ini adalah bahasa mereka," antara yang dicatatkan beliau.
BACA: Najib belasah Mahathir 4.0
Kempen Tun Dr Mahathir Mohamad:
Twitter juga turut merasai bahang PRU14 selepas Tun Dr Mahathir menafikan kenyataan tentang perkhidmatan e-hailing di negara ini.
Kempen Datuk Seri Abdul Hadi Awang:Video jawapan Dr Mahathir Mohamad mengenai perkhidmatan Grab baru baru ini di Langkawi dalam satu dialog dengan pengusaha perlancongan Langkawi. - Admin- pic.twitter.com/pHNArzemcQ— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 30, 2018
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memuat naik 'Surat terbuka kepada anak pemimpin yang meninggalkan perjuangan ayah' di laman Facebook rasminya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami