[TERKINI] Pasca PRN Sabah: Tiga Timbalan Ketua Menteri selesai angkat sumpah, sertai Kabinet Hajiji
![[TERKINI] Pasca PRN Sabah: Tiga Timbalan Ketua Menteri selesai angkat sumpah, sertai Kabinet Hajiji [TERKINI] Pasca PRN Sabah: Tiga Timbalan Ketua Menteri selesai angkat sumpah, sertai Kabinet Hajiji](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-12/71764573984_HajijiNoor.jpg)
Pada awal pagi Ahad, Hajiji kembali menerajui pentadbiran negeri Sabah selepas secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, bagi penggal kedua. - fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baharu selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini, sebentar tadi.
Ringkasan AI
- Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah baharu mengangkat sumpah di Istana Seri Kinabalu, menyertai Kabinet Kerajaan Negeri selepas PRN Sabah ke-17.
- Timbalan Ketua Menteri terdiri daripada Datuk Joachim Gunsalam (PBS), Datuk Seri Masidi Manjun (GRS), dan Datuk Ewon Benedict (UPKO), dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
- Kerajaan GRS yang dipimpin oleh Hajiji berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, melibatkan komposisi parti-parti seperti GRS, Bebas, UPKO, PH, KDM, dan STARSABAH.
Pengesahan tersebut dibuat oleh Joachim, yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, petang ini.
"Pada semua menteri yang baharu dilantik saya ucapkan tahniah atas pelantikan anda. Tanggungjawab ini besar maknanya dan saya berharap agar anda memikul amanah ini dengan dedikasi yang tidak berbelah bahagi, berkhidmat kepada rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang dan laksanakan tugas dengan penuh integriti," katanya dalam sidang media berkenaan.
Terdahulu, Majlis Angkat Sumpah Ahli Jemaah Menteri Baharu Sabah turut dihadiri Hajiji yang juga Pengerusi GRS, dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.
Kerajaan GRS pimpinan Hajiji melepasi majoriti mudah membentuk kerajaan negeri dengan komposisi semasa melibatkan GRS sebanyak 29 kerusi, Bebas (5), UPKO (3), Pakatan Harapan (PH) (1), Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1) dan Barisan Nasional (BN) sebanyak enam kerusi.
Pada awal pagi Ahad, Hajiji kembali menerajui pentadbiran negeri Sabah selepas secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, bagi penggal kedua.
Hajiji, 70, mengangkat sumpah di hadapan Tun Musa, dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, kira-kira 3 pagi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru telah mengangkat sumpah baru-baru ini? A: Datuk Joachim Gunsalam dari PBS, Datuk Seri Masidi Manjun dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan Datuk Ewon Benedict dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
- Q: Apakah komposisi kerajaan negeri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri ke-17? A: Komposisi kerajaan negeri Sabah terdiri daripada GRS (29 kerusi), Bebas (5), UPKO (3), Pakatan Harapan (PH) (1), Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1), dan STARSABAH (2).
- Q: Bagaimanakah proses pelantikan Ketua Menteri Sabah dilakukan pada penggal kedua? A: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengangkat sumpah dalam sebuah istiadat di Istana Seri Kinabalu, pada kira-kira 3 pagi di hadapan Tun Musa Aman.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


