ALOR SETAR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menolak andaian yang UMNO Kedah telah kehilangan 40 peratus sokongan daripada akar umbi parti itu.
Beliau berkata tiada bukti tepat yang dapat mengukuhkan perkara itu kerana kenyataan berkenaan hanya dibuat oleh sumber dan penganalisa luar yang tidak mengetahui keadaan semasa parti itu khususnya di Kedah.
"Saya fikir, setiap kali pilihan raya akan ada penganalisa yang buat andaian macam-macam dan angka 40 peratus itu entah dari mana dia dapat..apa-apa pun ia bergantung kepada kekuatan semasa parti dan setakat ini tiada ahli UMNO Kedah yang lari.
"Itu kenyataan penganalisa, ia tidak tepat, tiada bukti...apa yang berlaku itu adalah usaha-usaha propaganda parti lain yang cuba mahu kekalkan dan pertahankan sokongan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sama seperti yang diperoleh semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan berkenaan.
Sebuah portal hari ini melaporkan bahawa seorang pemimpin UMNO bahagian di Kedah mendakwa parti itu sedang berdepan dengan kehancuran dalam PRN yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang meminta ahli parti itu untuk mengundi calon DAP pada PRN akan datang, Mahdzir berkata tidak menjadi masalah untuk ahli UMNO mengundi calon parti berkenaan.
"Itu yang disebut pilihan raya...bila sudah duduk dalam Kerajaan Perpaduan ini, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah dalam satu komponen jadi tidak ada masalah untuk mereka undi DAP sama seperti yang dinyatakan Ahmad.
Terdahulu, Mahdzir merasmikan majlis penutupan Konvesyen Perpaduan Negeri Kedah yang berlangsung di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023

Mahdzir berkata tiada bukti tepat yang dapat mengukuhkan perkara itu kerana kenyataan berkenaan hanya dibuat oleh sumber dan penganalisa luar. - Fail/Astro AWANI

Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu
Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Family Feud Malaysia Tamil temui peminat malam ini
Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.

Tiada bukti kukuh UMNO Kedah hilang 40 peratus sokongan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menolak andaian yang UMNO Kedah telah kehilangan 40 peratus sokongan daripada akar umbi parti itu.

Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah pentas bentuk persefahaman - Mahdzir
Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah bertujuan untuk membentuk persefahaman dalam kalangan pemimpin parti di semua peringkat Kerajaan Perpaduan.

PRN: 'Enam negeri jadi fokus, tetapi lebih keutamaan kepada Kedah' - Mahdzir
Penubuhan Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah akan menjadi platform dalam membentuk gandingan jitu.

PRN Kedah: "Sanusi sasar 33 kerusi, kami bukan batang pisang" - Mahdzir
Mahdzir menyatakan bahawa BN dan PH sudah mempunyai perancangan dan strategi dalam usaha mengambil alih pentadbiran negeri itu dalam PRN Kedah.

Kita nak minta sesuatu kena ada caranya - Mahdzir
Katanya, perkara tersebut sewajarnya tidak berlaku walaupun kedua-dua kerajaan berada di dalam aliran parti politik yang berbeza.

Pemilihan UMNO: Menang atau kalah, jangan merajuk, keluar parti - Mahdzir
Semua mereka perlu membuang sikap merajuk dan kecewa sehingga mengambil keputusan meninggalkan serta membelakangkan perjuangan parti.

Pemilihan UMNO: Mahdzir yakin tidak ditolak pertahan jawatan Naib Presiden
Pemilihan UMNO: Mahdzir yakin tidak ditolak pertahan jawatan Naib Presiden

PRN Kedah: UMNO sudah ada sasaran kerusi - Mahdzir
Mahdzir mengesahkan bahawa parti itu sudah mempunyai sasaran bagi bilangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, akan datang.

Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.

Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.