awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jaringan penalti Salah bantu Mesir tewaskan Afrika Selatan 1-0, walau beraksi dengan 10 pemain
Majlis Belia cadang gaji permulaan graduan ijazah RM3,500 dikaji kerajaan
Tengku Hazman tekad pulihkan reputasi TFC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jaminan ADUN BN sedia ada dicalon semula pada PRU15 - Saarani

Bernama
Bernama
22/06/2022
04:00 MYT
Tiada jaminan ADUN BN sedia ada dicalon semula pada PRU15 - Saarani
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia bergantung kepada keadaan semasa termasuk kehadiran calon-calon muka baharu yang berpotensi menggantikan calon lama. - Foto fail/BERNAMA
SERI ISKANDAR: Tiada jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) sedia ada di Perak akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata ia bergantung kepada keadaan semasa termasuk kehadiran calon-calon muka baharu yang berpotensi menggantikan calon lama seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini.
"Kita (BN Perak) sudah mula dapatkan senarai daripada bahagian. Pada waktu sama, kita perlu buat kajian daripada pihak berkaitan agar calon yang kita pilih boleh memenangkan BN," katanya selepas melancarkan Jentera BN Bahagian Parit di sini, kira-kira 40km dari Ipoh tengah malam semalam.
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata pihaknya telah bersedia untuk ke medan perang pilihan raya bagi mendapat kembali kepercayaan pengundi.
"Alhamdulillah komitmen semua ahli parti dan jentera memang amat tinggi bagi memastikan kemenangan calon BN baik di Parlimen mahupun di dua DUN iaitu Belanja dan Bota pada PRU15 nanti," kata Mohd Nizar.
Perak mempunyai 59 kawasan DUN iaitu 25 ADUN BN dengan semuanya daripada UMNO, Bersatu (tujuh), PAS (tiga), DAP (16), Parti Amanah Negara (lima) dan PKR (tiga).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#ADUN BN
#PRU15
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan