awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta dirancang tangani isu banjir - Ahmad Zahid
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan parti baharu, tetapi ia bukan kesalahan - Azmin

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
08/08/2020
12:32 MYT
Tiada keperluan parti baharu, tetapi ia bukan kesalahan - Azmin
Azmin berharap parti baharu tidak akan menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat jelata. - Bernama
Tiada keperluan mewujudkan satu parti baharu, namun dibolehkan bagi menghormati amalan demokrasi negara.
Demikian pandangan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan penubuhan parti baharu, semalam.
Mohamed Azmin berkata, dengan adanya parti baharu tersebut, beliau berharap ia tidak akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat jelata.
"Saya tidak mendapat maklumat tentang keperluan mengadakan parti baru, tetapi sebagai menghormati amalan demokrasi dalam negara kita.
"Setiap individu atau kumpulan boleh menubuhkan parti masing-masing, tetapi saya berharap ia tidak akan menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat, kerana jumlah parti yang dah ada dalam negara sudah agak banyak namun dalam meraikan demokrasi, kita menerima hakikat mana-mana pihak boleh membentuk parti," katanya.
BACA: Tun Mahathir umum akan tubuh parti Melayu baharu
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, di Maggelan Sutera Harbour, pada Sabtu.
Hadir sama adalah Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
Semalam, Mahathir mengumumkan pihaknya akan menubuhkan satu parti baharu dengan perjuangan Melayu.
Sementara itu, Azmin dalam sidang media sama yang sama berkata, pihaknya akan mengenalpasti kerusi dari bekas wakil rakyat PKR dipecat untuk dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.
Satu perundingan akan dijalankan dalam pakatan PN bagi membolehkan mereka yang dahulunya wakil rakyat atau berjawatan penting di PKR Sabah untuk mendapat tempat sebagai calon.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#parti baharu
#Perikatan Nasional
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan