awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada maklumat mengenai ura-ura kerajaan baharu Sabah' - Bung Moktar

Bernama
Bernama
26/07/2020
11:36 MYT
'Tiada maklumat mengenai ura-ura kerajaan baharu Sabah' - Bung Moktar
Bung Moktar berkata UMNO Sabah tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai sebarang usaha menubuhkan kerajaan baharu.
UMNO Sabah menjelaskan tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai ura-ura ada cubaan untuk menubuhkan kerajaan baharu di negeri berkenaan.
"UMNO Sabah bukan di belakang semua usaha itu.. Ia adalah antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti-parti yang ada di Sabah," kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
"Apa yang saya tahu sekarang adalah untuk memperkuatkan UMNO Sabah bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini.
Merujuk kepada perjumpaan dengan Ahmad Zahid, Bung Moktar berkata ia melibatkan pertemuan dengan semua pemimpin UMNO di pelbagai peringkat di seluruh Sabah, selama dua hari sejak semalam, dengan tujuan berbincang mengenai perkembangan politik semasa negara.
"Politik Malaysia kini sudah berubah... siapa sangka kerajaan Pakatan Harapan boleh lumpuh tidak sampai sepenggal pun. Banyak cabaran yang kita perlu hadapi dalam kebiasaan baharu politik dan ia antara (perkara) lain yang disampaikan oleh presiden UMNO," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#bawah bayu
#Bung Moktar
#kerajaan baharu
#kerajaan negeri
#lompat
#parti
#Sabah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan