awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada siapa lebih berkuasa, termasuk bekas PM - Azalina

Tan Su Lin
Tan Su Lin
21/11/2016
06:46 MYT
Tiada siapa lebih berkuasa, termasuk bekas PM - Azalina
AZALINA: Saya sentiasa tahu bahawa Dr Mahathir dan kebanyakan bekas ahli parlimen akan mematuhi semua peraturan dan undang-undang. -Gambar fail/Shahir Omar
Tiada siapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang, termasuklah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata Dr Mahathir juga boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti mana individu lain berikutan penglibatan beliau dalam Perhimpunan Bersih 5 di ibu negara pada Sabtu.
"Sejak saya menceburi bidang politik ini, saya sentiasa tahu bahawa Dr Mahathir dan kebanyakan bekas ahli Parlimen akan mematuhi semua peraturan dan undang-undang. Mereka juga sedar sekiranya mereka melanggar undang-undang, mereka akan berdepan tindakan.
"Saya pasti mereka cukup pandai, bijak dan cerdik untuk menyedari bahawa tiada siapa yang 'lebih tinggi' daripada undang-undang walaupun anda seorang bekas perdana menteri," katanya ketika ditemui di luar Parlimen.
Tun M tidak rampas himpunan BERSIH 5
BACA: Bersih 5 bukan revolusi rakyat - Pemuda UMNO Kedah
BACA: Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama
Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir akan dipanggil polis kerana menyertai himpunan Bersih 5.0.
Nur Jazlan menegaskan sekiranya penyertaan bekas pemimpin negara itu bersama rakannya telah menyemarakkan kehadiran peserta Bersih, pihak polis tidak teragak-agak untuk memanggil atau menahan beliau.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Mahathir Mohamed
#perhimpunan Bersih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan