awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak bubar DUN Kedah bukan kerana Pas takut kalah - Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
16/03/2022
09:28 MYT
Tidak bubar DUN Kedah bukan kerana Pas takut kalah - Sanusi
Muhammad Sanusi turut berharap agar langkah sama diikuti Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak membubarkan Parlimen dan mentadbir kerajaan sedia ada sehingga tamat penggal ini. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan keputusan yang dibuat kerajaan negeri untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga tamat penggal ini bukanlah disebabkan parti Pas 'takut' sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sebaliknya, menurut beliau, ia adalah bagi membolehkan kerajaan Kedah meneruskan kerja pentadbiran serta menguruskan negeri tanpa sebarang gangguan dan 'percaturan' politik pihak tertentu.
Muhammad Sanusi turut berharap agar langkah sama diikuti Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak membubarkan Parlimen dan mentadbir kerajaan sedia ada sehingga tamat penggal ini.
"(Keputusan tidak bubarkan DUN) sehingga habis penggal amat relevan, kita ada masa untuk buat kerja, kita tidak kalut dengan 'snap election', kita tidak perlu serabut, tunggu penggal habis, (kemudian) bubar,
"PRU15 (juga) tidak perlu diadakan awal, tunggulah habis penggal. Saya cadangkan PRU15 dibuat selepas habis penggal kali ini, bukan salah pun, yang nak buat awal itu yang (ada) masalah (sebenarnya). Kenapa mahu kalut-kalut, tentulah ia ibarat 'ada udang disebalik mi'.
"(Bukan takut), mahu takut buat apa dengan kalah? Ini adat bermain atau berlawan. Kalah bukan tidak biasa, lama dah (sebelum ini Pas) kalah... takut buat apa (dengan) kalah? (Kita) lawan dulu (baru tahu)," katanya.
BACA: DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan bubar sehingga tamat penggal
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mensyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Pada Selasa, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempoh penggal.
Menurutnya, pendirian itu diambil bagi memastikan usaha untuk mengembalikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat dapat dilakukan.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Negeri Sembilan hanya akan membubarkan DUN selepas tempoh penggal berakhir tahun depan dan perkara itu sudah dibincangkan ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Kedah
#bubar DUN
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#pilihan raya
#PRU15
#Dewan Undangan Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan