awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan bubar sehingga tamat penggal

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
15/03/2022
12:57 MYT
DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan bubar sehingga tamat penggal
Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pendirian itu diambil bagi memastikan usaha untuk mengembalikan kestabilkan dan kesejahteraan rakyat dapat dilakukan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempoh penggal.
Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pendirian itu diambil bagi memastikan usaha untuk mengembalikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat dapat dilakukan.
"Pas mengikuti perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik.
"Justeru, Pas membuat pendirian supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempohnya bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Dalam perkembangan mutakhir ini, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dengan mencatatkan kejayaan dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi DUN daripada 56 kerusi.
BACA: PRN Johor: BN menang majoriti dua pertiga, bentuk kerajaan negeri
Ia kemudiannya mengangkat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.
Topic Berkaitan
#PRN
#DUN
#politik
#Dewan Undangan Negeri
#bubar DUN
#pilihan raya negeri
#Abdul Hadi Awang
#Kelantan
#terengganu
#Kedah
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan