awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi tidak benarkan ruang udara, wilayah digunakan untuk serang Iran
UCL: Arbeloa label Jose Mourinho sebagai 'role model'
Peniaga rugi lebih RM60,000 ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan MB Kelantan tanding jawatan Naib Presiden PAS

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2015
01:55 MYT
Timbalan MB Kelantan tanding jawatan Naib Presiden PAS
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden. -Gambar fail
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan.
Sekaligus ini akan menyaksikan pertandingan enam penjuru untuk jawatan tersebut termasuk dua penyandang jawatan itu iaitu Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.
Tiga calon lain adalah Ketua Ulama Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad, dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.
BACA: Saya akan cabar Abdul Hadi - Ahmad Awang BACA: Lapan kawasan di Terengganu calon Abdul Hadi jadi Presiden PAS
Mohd Amar yang sebelum ini menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti memilih untuk bertanding untuk jawatan Naib Presiden oleh kerana jumlah pencalonan yang diterima.
“Memandangkan pencalonan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Timbalan Presiden banyak, saya pula tidak banyak, jadi saya membuat keputusan bertanding jawatan Naib Presiden.
“Seperti biasa saya tawarkan diri dan memberi pilihan kepada perwakilan membuat pilihan,” katanya.
Jawatan Timbalan Presiden adalah pertembungan satu lawan satu antara Tuan Ibrahim dan penyandang jawatan Mohamad Sabu.
Jawatan Presiden juga pertembungan satu lawan satu antara penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang.
Muktamar PAS ke-61 akan berlangsung pada 3 hingga 6 Jun.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Husam Musa
#Idris Ahmad
#Iskandar Abdul Samad
#Mahfuz Omar
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PAS
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan