awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Adun Rembia ibarat keluar parti - Pengerusi PKR Melaka

Fareez Azman
Fareez Azman
03/03/2020
07:18 MYT
Tindakan Adun Rembia ibarat keluar parti - Pengerusi PKR Melaka
Abdul Halim Bachik (duduk, tengah) pada sidang media mendakwa tindakan ADUN Rembia dari PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di negeri Melaka disifatkan sebagai mengkhianati parti.
Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia dari PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di negeri Melaka disifatkan sebagai mengkhianati parti.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Abdul Halim Bachik, meskipun Muhammad Jailani tidak mengisytihar keluar parti, namun tindakannya itu seolah-oleh beliau sudah keluar dari parti berkenaan.
"Kalau dah dia menyokong sebelah sana (Perikatan Nasional), pada saya dia sudah isytihar keluar parti tetapi kita akan masukkan dia dalam Lembaga Displin, apa tindakan yang perlu kita ambil terhadap dia dalam masa terdekat.
"Dalam Keadilan, jika Adun atau Ahli Parlimen keluar parti, dia kena bayar RM10 juta itu perjanjian kita. Sekarang kita tidak pecat dia, tapi dia sokong sebelah sana maksudnya dia sudah keluar parti," katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.
Muhammad Jailani pada Isnin muncul dalam sidang media bersama pemimpin UMNO Melaka.
Dalam sidang berkenaan, beliau menyatakan sokongan kepada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional sekali gus menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan bubar di negeri itu.
Pada Isnin Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam sidang media mengumumkan, negeri berkenaan akan menerima kerajaan baharu yang ditubuhkan oleh Perikatan Nasional.
Menurut Ab Rauf, 17 ADUN menyokong Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan di Melaka sekali gus menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Adly Zahari.
BACA: Pakatan Harapan tumbang di Melaka, Perikatan Nasional tubuh kerajaan
Topic Berkaitan
#Abdul Halim Bachik
#Adun Rembia
#Kerajaan negeri Melaka
#khianat parti
#Muhammad Jailani Khamis
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan