Pas Terengganu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menuduh tiga pemimpin Pas negeri itu menerima RM1 juta daripada UMNO.
Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Saiful Bahri Mamat berkata pihaknya menafikan perkara itu berlaku dan telah memberi tempoh masa yang lama kepada Mahfuz untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaannya, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripadanya.
"Kita sudah meminta beliau (Mahfuz) membuat laporan polis (berhubung tuduhan) dan kemukakan bukti terhadap tuduhan beliau, namun, sehingga ke hari ini, beliau masih belum membuat sebarang laporan.
"Jangan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan seperti itu kepada Pas. Tuduhan seperti ini mencemarkan serta memberi imej buruk kepada Pas di Terengganu," katanya dalam sidang media khas Pas Terengganu di sini, hari ini
Mahfuz dalam satu program ceramah di Padang Serai, Kedah, baru-baru ini, mendakwa terdapat tiga pemimpin Pas Terengganu menerima sejumlah wang daripada pemimpin UMNO tertentu yang dimasukkan melalui akaun amanah Pas pada Mac lalu.
Mahfuz yang mengumumkan keluar Pas pada 31 Dis tahun lepas dan menyertai Parti Amanah Negara, dilaporkan turut mendakwa sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan Pas Pusat atau Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.
Saiful Bahri juga berkata Mahfuz sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhannya itu.
Beliau menegaskan Pas merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dana sendiri yang mencukupi untuk operasi parti dan juga untuk bertanding dalam pilihan raya umum.
"Ahli Pas di Terengganu sendiri sudah melebihi 100,000 orang, dan kita sudah biasa membuat kutipan (dana) untuk menjalankan kerja parti dari dahulu hingga kini.
"PAS memiliki pusat-pusat tarbiah, dewan dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), yang semuanya dibangunkan melalui sumbangan ahli dan orang ramai. Kita juga pernah menganjurkan kutipan derma yang melibatkan kebajikan," katanya.
Saiful Bahri berkata Pas Terengganu tidak pernah mengalami masalah kekurangan dana seperti yang didakwa.
"Jangan anggap Pas Terengganu ini terlalu miskin sehingga mengharapkan bantuan (dana) daripada UMNO. Sedangkan kita lawan UMNO (dalam pilihan raya umum)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 15 2018
Mahfuz menuduh tiga pemimpin Pas negeri itu menerima RM1 juta daripada UMNO. - Gambar fail
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.
Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi
Mahkamah Tinggi Alor Setar perintah Mahfuz Omar bayar ganti rugi RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.
Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: "Alor Mengkudu antara penyumbang tubuh kerajaan negeri baharu" - Mahfuz
Penyandang kerusi DUN Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar yakin kerusi yang sedang dipertahankan itu bakal menjadi salah satu penyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu di kedah.
Salahuddin ditidurkan, stabil selepas pembedahan - Saifuddin
Keadaan Salahuddin stabil selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak dan berada dalam pemantauan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.
Salahuddin selamat jalani pembedahan
Timbalan Presiden Amanah itu telah dikeluarkan dari dewan bedah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan seterusnya.
Mahfuz selar dakwaan 'plot besar' Sanusi, anggap cubaan alih perhatian
Mahfuz menyelar Sanusi yang didakwa cuba mengalih perhatian dengan menyatakan plot besar dirancang untuk memburukkan imejnya.
PRN: PH-BN mampu tawan Kedah jika berlaku peralihan 10 peratus undi - Mahfuz
PH Kedah yakin bahawa gabungan bersama BN negeri berkemampuan untuk menawan serta mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu dalam PRN akan datang.