awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok Mat bakal bertanding di Rembau pada PRU15, KJ pindah ke Tampin

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2020
04:29 MYT
Tok Mat bakal bertanding di Rembau pada PRU15, KJ pindah ke Tampin
Mohamad memberi jaminan bahawa Khairy akan diberikan kerusi yang boleh menjamin kemenangannya dalam pilihanraya umum akan datang. - Gambar fail
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, lapor Malaysiapost.
Mohamad dilaporkan berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Sri Kota, pada Sabtu.
“Saya kena pergi pusat dan besar kemungkinannya nanti, PRU15 ini saya akan menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen di Rembau.
“Disebabkan dua orang dari satu tempat, kita kena berpecah ke kawasan yang lain.
“Saya pula tak tahu nak pergi ke mana, ini kawasan saya dan sebagai Ketua Bahagian (Umno) saya menawarkan diri di sini,” katanya.
Dengan pengumuman rasmi yang dibuat Mohamad itu, penyandang kerusi parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi perlu mencari kerusi lain untuk bertanding.
Bagaimanapun, Mohamad memberi jaminan bahawa Khairy akan diberikan kerusi yang boleh menjamin kemenangannya dalam pilihanraya umum akan datang.
Sebelum itu, Ketua Umno Cawangan Sri Kota, Datuk Seri Dr Awaludin Said membentangkan usul tergempar mencadangkan agar Mohamad bertanding di Parlimen Rembau dalam PRU15 nanti.
Difahamkan Khairy bakal bertanding Parlimen Tampin yang jatuh ke tangan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14 lalu.
Topic Berkaitan
#bertanding
#Khairy Jamaluddin
#Mohamad Hasan
#Negeri Sembilan
#Parlimen
#PRU15
#Rembau
#Tampin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan