KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa idea penubuhan Perikatan Nasional (PN) datang daripada beliau sendiri.
Dr Mahathir menerusi satu kenyataan pada Isnin menjelaskan, jika ia adalah rancangannya, mengapa perlu beliau menolak idea itu yang akan turut memastikan beliau kekal sebagai perdana menteri.
"Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional (PN).
"Saya telah berkali-kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO secara en bloc.
BACA: Tubuh Perikatan Nasional idea Tun Mahathir untuk kekal sebagai PM - Azmin
"Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika saya terima sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri seperti yang diakui sendiri oleh Azmin," ujarnya.
Dr Mahathir pada masa sama mendakwa, rancangan penubuhan PN dan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) adalah daripada Azmin sendiri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Keduanya, jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh Kerajaan PN dan keluar PH sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin, yang mendapat hasil paling lumayan.
"Jangan lupa ketika semua ini berlaku, kedudukan Azmin di dalam Keadilan dan juga PH amat terancam. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya merancang dan berusaha untuk menjatuhkan Azmin dan ini bermula sejak pemilihan di dalam Keadilan.
"Anwar secara terbuka menyokong Rafizi Ramli yang menentang Azmin untuk jawatan timbalan presiden dan apabila usaha tersebut gagal, muncul pula video yang mengaitkan Azmin dengan perlakuan seks sumbang.
"Ini menambah tekanan kepada Azmin dan apabila beberapa penyokong Anwar dikatakan terlibat di dalam penyebaran video tersebut, kedudukan Azmin di dalam Keadilan serta hubungannya dengan Anwar menjadi untenable atau tidak boleh diperbaiki," jelasnya.
Ahli Parlimen Langkawi itu turut mendakwa, beliau memahami rancangan "Langkah Sheraton" oleh Azmin walaupun beliau secara terang menentangnya.
"Ini kerana baginya, yang paling penting ialah menyekat Anwar dari menjadi perdana menteri. Tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi perdana menteri.
"Di masa yang sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi perdana menteri. Kerana itu dia bergabung dengan Muhyiddin dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai de facto Timbalan Perdana Menteri
"Selain itu, saya pasti Azmin telah membuat perancangan membentuk kerajaan PN dan 'langkah Sheraton' agak lama kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan 9 ahli parlimen Keadilan untuk ikut serta dalam 'langkah Sheraton' itu.
"Dan Azmin tahu bahawa jika sekadar Bersatu menarik diri dari PH, ia masih tidak cukup untuk menjatuhkan Kerajaan PH. Tetapi apabila Azmin ikut serta maka secara langsung kerajaan PH hilang majoriti dan jatuh," katanya.
Terdahulu, Azmin mendakwa penubuhan PN datang daripada Dr Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan sokongan semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik.
Azmin turut mendedahkan, 131 akaun bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen pelbagai parti telah dipersembahkan ke Istana Negara, sebelum Dr Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 23 Februari lalu.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Nov 30 2020

Dr Mahathir menerusi satu kenyataan pada Isnin menjelaskan, jika ia adalah rancangannya, mengapa perlu beliau menolak idea itu yang akan turut memastikan beliau kekal sebagai perdana menteri. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Dr Ali ada penyakit lain - KKM | Guru agama dipenjara 6 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan Paitan-Kanibongan mendap, rosak teruk akibat tanah runtuh
Jalan raya Paitan ke Kanibongan terputus hubungan akibat tanah runtuh di Kilometer 127.5, berdekatan Kampung Kubambangan, pada Selasa malam.

Pembelian vaksin COVID-19 turut ambil kira keperluan pekerja asing - MB Selangor
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan negeri Selangor untuk penduduk negeri itu akan turut mengambil kira keperluan pekerja asing, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Lelaki ditahan guna duit i-Sinar sewa lori seludup ketum
Hasil pemeriksaan dalam lori itu menemui 80 karung plastik yang mengandungi daun ketum.

AWANI Ringkas: Gantung Parlimen, PH akan cabar Kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [20/01/2021]: Hadir dua mesyuarat | Rayu gugur darurat | Penceroboh rakus Pahang AWANI 7:45 [20/01/2021]: Hadir dua mesyuarat | Rayu gugur darurat | Penceroboh rakus Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/2404235731611146942361/1886456_17223730541611147393486_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [20/01/2021]: Hadir dua mesyuarat | Rayu gugur darurat | Penceroboh rakus Pahang
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - Kali ini Anwar dakwa majoriti ahli parlimen hantar surat kepada Agong. - Siapa pengkhianat? Pencerobohan tanah di bumi Pahang. - Gara-gara Tajuddin positif, kakitangan prasarana jalani ujian swab. #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19

Angkat sumpah Biden | Hubungan China - AS dijangka semakin baik
Hubungan China dan Amerika Syarikat yang tegang sejak beberapa tahun lepas dijangka semakin baik selepas Joe Biden mengambil alih tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.

Jualan kereta tenaga baharu meningkat 17.3 peratus di China tahun 2020
Kereta tenaga baharu terus mendapat sambutan dalam kalangan pengguna di China dengan jumlah jualan meningkat 17.3 peratus pada tahun 2020. Peningkatkan itu didorong oleh industri sokongan strategik termasuk indsutri pembuatan bateri dan pembuatan peralatan.

10 nama terpilih untuk prob Marikh pertama China
Pentadbiran Angkasa Negara China menyenarai pendek 10 nama yang sesuai bagi menamakan prob Marikh pertama negara itu. Nama yang terpilih akan diumum sehari sebelum modul angkasa Tianwen-1 mendarat di Marikh Februari nanti.

Usah bimbang keselamatan, keberkesanan vaksin Pfizer
Rakyat Malaysia tidak harus bimbang dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer yang bakal dibawa masuk ke Malaysia kelak.

Siti Hasmah bersolek lebih satu jam, suami perlu bertoleransi - Tun M
Sikap saling menerima kelebihan dan kekurangan pasangan akan membuatkan rumah tangga itu bertambah seri.

Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.

Lokman Adam gagal ketepi kebenaran Peguam Negara mulakan prosiding komital
Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam gagal dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya.

Najib diberi amaran keras oleh mahkamah, berhenti serang Zeti Akhtar di Facebook
Mahkamah Tinggi mengeluarkan amaran keras kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi "serangan secara maya" terhadap Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Najib adalah 'showrunner' 1MDB - Bekas CEO 1MDB
Mohd Hazem Abd Rahman berkata walaupun Ahli Lembaga Pengarah mempunyai kuasa membuat keputusan, semuanya ditentukan oleh Najib kerana beliau memegang kuasa veto.

Kes SRC International: Najib mohon tangguh tarikh pendengaran rayuan
Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata surat permohonan penangguhan itu telah dihantar ke pejabat Presiden Mahkamah Rayuan hari ini.

Nasihat Tun Dr Mahathir buat rakyat Malaysia...
Sementara menunggu vaksin COVID-19 membuatkan kehidupan manusia kembali normal, semua orang perlu menguatkan semangat supaya rasa tertekan dan sedih tidak menyelubungi jiwa.

Telekomunikasi amat penting untuk kejayaan ekonomi gig - Dr Mahathir
Telekomunikasi memainkan peranan penting dalam menjayakan ekonomi gig, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pendengaran rayuan Najib, anak berhubung bayaran cukai kepada LHDN 16 Jun 2021
Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembayaran cukai berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Mahkamah Rayuan akan didengar pada 16 Jun tahun depan.

Bekas PM Pakistan, Mir Zafarullah Khan meninggal dunia pada usia 76 tahun
Perkara itu sahkan keluarganya yang memaklumkan, Mir Zafarullah meninggal dunia pada petang Rabu.