Skip to main content

Politik

Tuduhan diupah hentam Bersama: Siapa pula bayar Rafizi untuk serang kerajaan - Pengasas PKR

Lum Yong berkata, tuduhan tanpa mengemukakan bukti sudah sebati dan menjadi amalan Rafizi sejak sekian lama selain kali ini dijadikan alasan untuk menutup desakan bagi membubarkan parti Kancil yang gagal teruk dalam dua PRN. - Gambar fail
Lum Yong berkata, tuduhan tanpa mengemukakan bukti sudah sebati dan menjadi amalan Rafizi sejak sekian lama selain kali ini dijadikan alasan untuk menutup desakan bagi membubarkan parti Kancil yang gagal teruk dalam dua PRN. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Selepas gagal menjawab desakan agar membubarkan Bersama setelah kalah teruk dalam Pilihan raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka, Datuk Seri Rafizi Ramli mengalihkan perhatian dengan membuat tuduhan bahawa ada pihak yang membayar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak lain untuk menyerang beliau.

Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, tuduhan tanpa mengemukakan bukti sudah sebati dan menjadi amalan Rafizi sejak sekian lama selain kali ini dijadikan alasan untuk menutup desakan bagi membubarkan parti Kancil yang gagal teruk dalam dua PRN.

"Saya tidak terkejut melihat podcast Rafizi yang terbaharu kerana amalan menuduh dan adu domba ini diibaratkan sudah sebati dengan beliau serta akan menjadi lebih dahsyat selepas kekalahan demi kekalahan parti Kancil.

Advertisement

"Tetapi, apabila beliau tuduh bahawa pihak yang menyerang beliau ini dibayar oleh pihak tertentu tanpa kemukakan bukti, saya pula ingin bertanya Rafizi, siapa yang membayar beliau untuk menyerang kerajaan dengan matlamat untuk menjatuhkan Pakatan Harapan terutama PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16?

"Saya tahu dia tidak akan berani menjawab soalan ini tetapi saya ingin rakyat berfikir bahawa Rafizi tidak akan mengeluarkan duit poketnya untuk menyerang kerajaan. Saya juga telah lama mengesyaki ada pihak yang membayar beliau," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Dalam podcast terbarunya, Rafizi mendakwa ada pihak tertentu yang membayar banyak NGO untuk mengadakan demonstrasi bagi menyerang beliau selain tindakan tersusun pelbagai pihak terutama AMK bagi menyerang parti Kancil sebelum dan selepas PRN Melaka.

Rafizi juga dilaporkan menjangka akan ada satu lagi demonstrasi oleh NGO di depan ibu pejabat Bersama bagi mendesak pihaknya unntuk membubarkan parti itu dalam masa yang terdekat tetapi tidak akan mendapat liputan meluas.

Mengulas lanjut, Lum Yong menambah, pihaknya akan terus menyerang Rafizi sehingga memutuskan untuk bersara daripada politik kerana beliau adalah toksik yang perlu 'dihapuskan' demi kestabilan negara.

"Selagi adanya politikus bernama Rafizi ini, politik dan ekonomi negara tidak akan stabil kerana beliau merasakan hanya apa sahaja yang difikirkan dan buat sahaja yang betul manakala yang lain semuanya salah," katanya.

Must Watch Video

Advertisement