POLITICS
Tuduhan rogol konspirasi paling kotor dalam politik negara - Rahim Thamby Chik

ABDUL RAHIM: Sepatutnya pendedahan sebenar sewajarnya dibuat jauh lebih awal dari supaya mengelakkan saya dikotori fitnah dan syak wasangka - Gambar fail
Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata tuduhan rogol seorang gadis lebih 20 tahun lalu terhadapnya merupakan konspirasi paling kotor pernah berlaku dalam sejarah politik negara.
Beliau yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya menambah bahawa tohmahan itu merupakan satu kecemburuan politik.

Jelasnya lagi, pasti berlaku kecemburuan negatif dan destruktif yang cuba meranapkan pencapaian positifnya.

Menurut Abdul Rahim lagi, selepas dirinya dibersihkan daripada pertuduhan itu, beliau kembali memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO namun hilang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami