awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukar kerajaan melalui pilihan raya, bukan SD, kata Mat Sabu kepada Hadi

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/03/2023
00:15 MYT
Tukar kerajaan melalui pilihan raya, bukan SD, kata Mat Sabu kepada Hadi
Mohamad (kiri) kesal dengan kenyataan Abdul Hadi (kanan), namun yakin kerajaan pimpinan Anwar akan bertahan sehingga PRU akan datang.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Hadi Awang seharusnya menyeru ahli yang menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk menukar Kerajaan Perpaduan melalui pilihan raya umum (PRU) akan datang, dan bukan melalui 'tebuk atap', Langkah Sheraton atau menandatangani akuan bersumpah (SD).
Demikian disuarakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu yang bimbang dengan kenyataan yang dibuat secara berulang oleh Abdul Hadi baru-baru ini.
Presiden Pas itu, selaku Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), mengakui gabungan politik itu sedang berusaha 'menjatuhkan' kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Mohamad, yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, kenyataan Abdul Hadi boleh menimbulkan kebimbangan pelabur dan rakyat itu sendiri.
"Kenyataan beliau memang boleh menakutkan para pelabur untuk datang ke Malaysia kerana di antara syarat pelabur untuk berbelanja dan mengeluarkan pelaburan mereka ialah kesejahteraan, keamanan dan kestabilan sesebuah negara.
"Sepatutnya Presiden Pas yang wakili PN bekerja kuat menggunakan segala yang ada pada mereka untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan melalui pilihan raya akan datang. Ini yang menyuburkan demokrasi.
"Telah diketahui daripada angka-angka yang dipersembahkan, pertukaran tiga Perdana Menteri dalam masa yang singkat menjejaskan aliran pelaburan ke Malaysia," katanya melalui Facebook beliau malam tadi.
Mohamad turut melahirkan kekesalan susulan kenyataan Abdul Hadi itu, namun berkeyakinan bahawa kerajaan pimpinan Anwar akan bertahan sehingga PRU akan datang.
"Binalah Malaysia Madani, Malaysia yang demokrasi, tukarlah kerajaan melalui sistem pilihan raya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Abdul Hadi Awang
#pelaburan
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan