awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO atau Bersatu? Keputusan Hadi Awang tentu hala tuju Pas - Ilham Centre

Fareez Azman
Fareez Azman
06/03/2021
12:12 MYT
UMNO atau Bersatu? Keputusan Hadi Awang tentu hala tuju Pas - Ilham Centre
Keputusan Abdul Hadi akan memberi hala tuju yang jelas kerana ketokohannya dalam memimpin parti itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua pihak menantikan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengenai hala tuju parti itu, sama ada meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau memilih UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, ketika ini pemimpin dalam Pas sendiri berselisih pendapat dalam membuat keputusan terbaik demi survival parti itu.
"Pertentangan ini wujud dalam Pas, kebetulan tahun ini adalah tahun pemilihan. Sebenarnya bagi mereka yang mengikuti perkembangan apa yang berlaku dalam keluarga besar Pas, sebenarnya berlaku perselisihan sedikit dari segi khilaf politik atau ijtihad politik... mana lebih baik memilih MN (Muafakat Nasional) atau berada dalam kerajaan (Perikatan Nasional).
"Jadi kedua-dua pihak ini berhujah memberikan dalil masing-masing, untuk mempertahankan mana lebih menguntungkan dan memberikan survival (kepada) Pas lebih baik," jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Sabtu.
Tambah Hisomuddin lagi, keputusan Abdul Hadi akan memberi hala tuju yang jelas kerana ketokohannya dalam memimpin parti itu.
"Tapi saya tidak nafikan perkara ini akhirnya akan diputuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mana ketokohan beliau ini memberikan kata putus kepada hala tuju akan ditetapkan Pas menjelang PRU15 nanti," ujarnya lagi.
Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa parti itu tidak berputus asa membina muafakat antara Pas, Bersatu dan UMNO.
Jelasnya, Pas sedia bekerjasama dengan semua pihak yang menyokong aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#PPBM
#UMNO
#PAS
#Astro Awani
#PRU
#kerajaan
#presiden
#pemilihan
#keluarga
#Malaysia
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan