awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘UMNO bukan parti abah saya’ - Nurulhidayah

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2024
10:15 MYT
‘UMNO bukan parti abah saya’ - Nurulhidayah
Nurulhidayah berkata, setiap ahli perlu mempunyai rasa kesedaran dan memiliki sikap untuk mempertahankan parti itu bersama-sama tanpa mengira mana-mana individu yang memimpin parti tersebut.
KUALA LUMPUR: “Parti UMNO bukan milik individu. Bukan milik abah saya atau abah sesiapa pun. Ia milik kita semua,” tegas Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Menurutnya, setiap ahli perlu mempunyai rasa kesedaran dan memiliki sikap untuk mempertahankan parti itu bersama-sama tanpa mengira mana-mana individu yang memimpin parti tersebut.
“Semua orang Melayu termasuklah yang belum menjadi ahli UMNO dan yang masih menunggu untuk masuk semula dalam saf pejuang parti.
“Siapa pun pemimpin tertinggi kita yang akan datang, saya yakin dengan semangat dan rasa kecintaan yang ada, parti ini pasti dipertahankan kerana UMNO bukan bahan dagangan sesiapa,” katanya semasa sesi perbahasan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Sabtu.
Nurulhidayah turut mengakui bahawa ahli UMNO amat merindui sentuhan Bossku, iaitu bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelasnya, kesungguhan Najib telah membawa negara ke mercu kecemerlangan dengan pelbagai transformasi untuk kesejahteraan rakyat dan seluruh ahli UMNO.
“Di setiap bahagian yang saya hadiri sebagai perasmi, saya mendengar usul daripada perwakilan wanita agar Bossku diberikan keadilan dengan sebaik-baiknya. Semoga ada sinar buat beliau.
“Saya secara peribadi menyokong usul para perwakilan wanita agar kepimpinan tertinggi UMNO dapat terus menegakkan keadilan buat Bossku tanpa gagal dan jangan pernah putus usaha serta daya buat seorang pemimpin yang pernah bersama-sama kita dalam susah serta senang.
“Terkini, masih lagi berlangsung kejadian kepimpinan UMNO dipersalahkan, dicari kesalahan, terutamanya presiden sering diserang bertubi-tubi dari luar dan dalam.
"Beliau dihina, dimaki, dihamun, malah diberi panggilan dan gelaran yang tidak baik dengan niat untuk membunuh karakter seorang yang bergelar Presiden UMNO,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#UMNO
#parti ayah
#Nurulhidayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan