awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'UMNO, Pas bersaing buat kebaikan bukan bermusuh akidah'

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2023
04:38 MYT
'UMNO, Pas bersaing buat kebaikan bukan bermusuh akidah'
Tangkapan skrin kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook pada Selasa.
SHAH ALAM: Persaingan antara UMNO dan Pas adalah ijtihad politik iaitu perlumbaan melakukan kebaikan.
“Bukannya permusuhan akidah Islam atau bukan Islam,” tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook pada Selasa.
Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada situasi perbalahan politik antara pemimpin kedua-dua parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk kenyataan sensitif melabel individu lain sebagai musuh Islam.
Ketika menjawab pertanyaan seorang netizen di ruangan komen mengenai kebaikan yang UMNO lakukan ketika ini berbanding Pas, Asyraf menyenaraikan 10 perkara berhubung perkara tersebut.
Antaranya, meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan, memperkenalkan Dasar Pendidikan Islam dan Dasar Kewangan Islam sehingga Malaysia dikenali sebagai pelopor serta peneraju sistem perbankan Islam dan takaful.
“Begitu juga dengan pembangunan Institusi Pengajian Tinggi Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
“UMNO memperkenalkan Dasar Tahfiz Negara dengan menyasarkan 125,000 huffaz profesional dan menubuhkan siaran TvAlhijrah, radio IKIM serta pelbagai siaran agama bagi menyebarluaskan Islam.
“Banyak lagi kalau saya nak senaraikan. Justeru jangan pertikaikan komitmen dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain hanya kerana parti itu tiada label Islam,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UMNO
#PAS
#pilihan raya negeri
#Asyraf Wajdi Dusuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan