POLITIK
UMNO perlu ambil pendekatan menyeluruh tarik golongan muda - Shamsul Anuar

Shamsul Anuar berkata tugas untuk mendekati golongan itu bagaimanapun tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada Pergerakan Pemuda UMNO, sebaliknya menjadi tanggungjawab bersama semua jentera parti. - Bernama
BUTTERWORTH: Pendekatan secara menyeluruh diperlukan bagi memastikan UMNO kekal relevan dalam kalangan pengundi berusia bawah 40 tahun yang membentuk kelompok majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata tugas untuk mendekati golongan itu bagaimanapun tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada Pergerakan Pemuda UMNO, sebaliknya menjadi tanggungjawab bersama semua jentera parti.
"Mereka ini kelompok besar, berfikiran kritis dan berpendidikan. Jika kita tidak menyusun strategi yang betul untuk mendekati mereka, kita akan terus kehilangan sokongan.
"Kita mesti melakukannya secara bersama. Ini kumpulan besar yang akan menentukan kelangsungan parti," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan di sini hari ini.Shamsul Anuar yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata bagi menarik minat golongan berkenaan, UMNO perlu membuktikan perjuangannya masih selari dengan asas penubuhan parti agar diyakini oleh generasi muda.
Beliau berkata pendekatan penyampaian bagaimanapun perlu disesuaikan dengan perubahan zaman dan kepelbagaian minat golongan muda kerana sebahagian generasi itu tidak berminat terhadap aspek sejarah parti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami